Rabu, 21 Oktober 2015

"YANG"




Alhamdulillah ... bersyukur di atas anugerah yang diberi Illahi.

Bercakap dengan orang kat sebelah , beb... walaupun aku dah takde hati tapi aku masih ada jiwa. Tergelak beb kat sebelah. Teman ketawa dan sedih.

Apa pun yang berlaku dalam kisahku ... hidup haruslah diteruskan. Pilih yang terbaik untuk diri kita. Mungkin ada orang apabila orang sebelahnya pandang pada yang lain, dia akan cari orang sebelah baru hehehe ... walaupun sebenarnya dia masih ada orang sebelah. Bagi aku polak ,  itu bukan pilihan aku. Membalas cara begitu akan mendekatkan kita ke pada jalan yang sangat kucar kacir. Aku memilih jalan kembali kepada pencipta kita.

Tenang dalam dakapan kasih sayangNYA.

Aku memilih bahagia dengan caraku. Bila ada yang mula memandang maka aku harus tundukkan pandangan.

Selasa, 13 Oktober 2015

Selasa, 22 September 2015

Love famili



Alhamdulillah. Bergambar di Majlis perkahwinan anak buah sulung En suami di Klang pada 20 September 2015.


Khamis, 17 September 2015

Sebaya


Sebaya tapi tak seumur. Perasannn akk ok hehehe... Cer teka umur-umur kami nie adik-adik.Inilah kisahku di majlis perkahwinan anak buah kesayangan yang sulung. Catatan penuh majlis ini akan akk update yew bila majlis pihak lelaki pada 20 hb Sept telah berlangsung.

Ok, undur diri dulu. 

Sabtu, 12 September 2015

Seiras




Hari nie tangan dok gatai mengedit gambar-gambar. Terciptalah ilham pd gambar lama-lama. Nak mengedit gambar tak susah mana pun. Guna hp aje hehehe...

Maka terjadilah gambar-gambar kat atas tuw. Keluarga bahagiaku, Alhamdulillah. Agak-agak, Soffi Ijam ada seiras wajah abi atau ummi. Cer bagitau. 



Rabu, 9 September 2015

Kita




Peringatan pada diri kita. Kita tetap manusia biasa-biasa sahaja. Hanya tinggal sementara di dunia yang sifatnya tidak kekal.

Hari ini punya kisah... Moga segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT. Insya Allah. Aamiin.



Selasa, 8 September 2015

Doa waktu pagi





Jom berdoa ... moga kita berjaya dunia , akhirat... Insya Allah, Aamiin. Love you all.


Isnin, 7 September 2015

Dari 1gram ke 500 gram


500 gram , impian 2020. Insya Allah, Aamiin.


Lakarkan segala impian menjadi visual. Terima kasih guru.


Mengambil kata-kata dari buku ini, biar kecil asalkan berhasil


Sekali sekala selfie sebentar.


Alhamdulillah. Aura emas masih melekat dalam jiwa aku si pemilik blog kisahku. Kenapa emas ? Pembaca semua pasti ada jawapannya.

Ini lah kisahku yang memang sangat sukakan emas. Logam yang bernilai di atas dunia ini. Bukan sebab nak bermegah-megah menunjukkan kekayaan tetapi setiap manusia pasti ada impian yang tertanam dalam jiwa masing-masing.

Sekarang ini, aku sedang gigihnya menyimpan goldbar 1 gram setiap bulan. Setiap gaji, sedikit wang RM pasti aku laburkan dengan emas.

Doakan aku, moga-moga pada tahun 2020 aku berjaya memegang dan memiliki emas 500 gram. Insya Allah , Aamiin. Moga dipermudahkan oleh Allah SWT yang Maha Kaya.


Aku juga pengemar dinar 999.9. Wah!!! semangat gituw.







Jumaat, 4 September 2015

Kuatnya


sarapan nasi lemak kegemaran



Itulah wanita ... tetap kuat meneruskan kehidupan walau apa pun yang berlaku dalam hidupnya. Ketawa menangis datang silih berganti. 

Hari nie pagi-pagi sarapan nasi lemak... nasi lemak lauk sotong goreng tepung beli kat akk yang berniaga kat Kampung Nelayan . Dah biasa dengan akk nie. Harga RM 2.00. Makan sampai kenyang.

Aku nie memang peminat nasi lemak dari kecik sampai dah dewasa hehehe ... Bukan takat suka makan aje taw, pandai masak juga menu nasi lemak. Menjadi kesukaan keluarga. Rasa mcm esok-esok bila dah pencen nak niaga nasi lemaklah... boleh ke???

Kata orang berangan tak kene bayar ... jom kita berangan mencipta impian.

Khamis, 3 September 2015

Jom baca novel


Novel yang nak dibaca



Sesaje tayang gambar hehehe ...


Wah! semakin rajin mengupdate blog aku nie sekarang. Almaklumlah kan, September bulan paling aku suka sekali taw hehehe...

Aktiviti aku sekarang tengah dok belek-belek buku novel tuw... Ada teman kata best sangat jalan ceriteranya. Aku pun dok usha-usha jugaklah.

Ok , nanti bila aku dah baca aku share kat sini yew. Update pendek-pendek aje, janji ada n3 terbaru. Jangan marah...

Rabu, 2 September 2015

Petua orang lama






Alhamdulillah, hari ini sampai sudah barang yang aku order. Saya suka saya suka ...

BLU MERRIES SRI ANGGUN PETUA ORANG LAMA..30 Sachets 1 kotak (untuk 1 Bulan)
Khasiat BLU MERRIES,Kaya Antioksidant untuk :-

✔Merawat keputihan
✔Menyempitkan rahim dan ketatt
✔Menambat hati suami di ranjanng
✔Menghilangkan gatal-gatal di farajj
✔Melancarkan peredaran haid
✔Menegangkan bibir farajj
✔mengurangkan senggugut
✔Menambahkan tenaga batin
✔Payudaara & pinggul kembali tegang
✔Menghalus,Melicin,Memutih & mengebukan Kulit
✔Menghilangkan Jerawat,Jeragat,Merawat Kulit Kusam
✔Mengatasi Masalah Haid, Keputihan,Faraj Berbau
✔Mengatasi Masalah Kulit Bersisik & Bau Badan
✔Mengatasi Masalah Angin Dlm Badan & Pedih Uluhati
✔Mengatasi Masalah Sembelit & Dapat Mengempiskan Perut
✔Mengurangkan Rasa Lapar
✔Mengatasi Masalah Sakit Sendi, Lutut, Dll
✔Mengatasi Masalah Tumit Kaki Merekah
✔Menambahkan Susu Untuk Ibu Menyusu
✔Menguatkan Tunjang Rambut & Mecantikan Kuku

Itu antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Blu Merries. Aku beli produk ini dari Intan. Dok tanya juga, produk ini untuk kesuburan tak? Dia kata, boleh juga untuk bagi subur ibu-ibu yang sedang merancang untuk hamil. Itu yang berminat nak mencuba.


Pada pembaca blog yang nak tahu lebih lanjut tentang produk ini, jemputlah melawat facebook Blu Merries. Doakan aku serasi dengan produk ini, Insya Allah. Aamiin.

Kata orang, petua orang lama nie memang mujarab!!! ...

Selasa, 1 September 2015

Selasa, 25 Ogos 2015

Kisah semalam





Semalam punya kisah. Aku dok rumah memasak menu air tangan jawa. Nama pun ada darah pahlawan jawa kan hehehe ...

Hah! gambar yg atas itu adalah aku, empunya blog kisahku. Comei tak aku hehehe ... ngada-ngada taw. Dilihat boleh ... nak dekat pun boleh tapi sebagai sahabat sahaja ok. Wah! macam mengiklankan diri polak tapi AWAS sudah ada yg memiliki. Sorry taw.

Sekali-sekala bergurau senda di alam maya buat jiwa aku gembira.



Sabtu, 22 Ogos 2015

Tiada nokhtah



Menulis dari jiwa bukan dari hati membuatkan gaya penulisan agak berbeza. Sebenarnya takut andai menulis dari hati yang sudah berkeadaan begini akan membuat kisahku tersingkap sedikit demi sedikit. Apa pun , biarlah.

Berdoa agar diberi kesembuhan agar hati ini menjadi lebih kuat dan sempurna kembali.Insya Allah, Aamiin.

Tersenyum bahagia dari jiwa ... bukan dari hati lagi. Sempurna namun ada kekurangannya. Nama pun manusiakan...



Benar... bukan sekadar 10 tahun tapi sepanjang hayat. Perbuatan mu akan aku bawa hingga terbungkusnya jasadku. Betapa dasyatnya ... Terima kasih atas segalanya.

Rabu, 19 Ogos 2015

Doa




Doaku senantiasa mengiringi kisahku. Moga diberikan rezeki agar setiap impian menjadi kenyataan. Insya Allah , Aamin.

Ummi to be twin boy. Senantiasa merenung gambar itu.

Isnin, 17 Ogos 2015

Tekanan



Alhamdulillah, syukur di bawah rahmat kasih sayang Allah SWT. Setelah melewati fasa-fasa duka kisahku, kini aku bangkit meneruskan perjalanan. Biasalah jatuh bangun dalam kehidupan.

Mereka mungkin berjaya membinasakan hatiku, namun JIWA anugerah Allah SWT masih kekal UTUH dalam diri. Tiada hati namun aku ada JIWA.

Kini aku sedar, hidup ini kita punya pilihan. Aku memilih untuk punya JIWA yang INDAH. Senantiasa hidup dengan kisahku yang indah-indah. Hidupkan memang indah.

Bahagia itu sangat mahal harganya, senantiasa berusaha untuk jadi wanita yang terbahagia di dunia dan akhirat, Insya Allah. Aamin.

Pada mereka, moga Allah SWT memberikan mereka petunjuk agar menjadi insan yang tidak menyakiti orang lain. Walaupun orang yang disakiti itu tidak sedar pada mulanya, akhirnya semua akan terbongkar pada waktu yang tepat. Fikirlah, apakah hukum kepada manusia yang telah membuatkan manusia lain hidup tanpa hatinya.Hatinya bukan setakat hancur tapi telah binasa. Fikir-fikirkanlah.

Pada kamu yang mungkin membaca secebis coretan JIWA ku... Andai kamu masih tidak mahu mengalah dan masih jua mengganggu rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada aku, maka kamu bukan berhadapan denganku lagi, kamu berhadapanlah dengan pencipta rezeki ITU. Aku pasrah sebab aku sangat YAKIN jika rezeki itu milikku hingga ke syurga maka ianya tetap begitu .

Berlian itu akan aku jaga sebaik mungkin, Insya Allah. Aamiin.

Jumaat, 31 Julai 2015

Salam Aidilfitri 1436 H


Assalammualaikum kepada teman-teman yang singgah ke blog kisahku...

Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang waktu untuk meneruskan kisah-kisahku. Gambar di atas adalah gambar kami sekeluarga di pagi raya. Tema tahun ini ala-ala gabungan warna hijau dan biru. Syukur masih merasa nikmatnya anugerah dari Illahi. Rasa bahagia dan gembira ini sangat mahal harganya.

Senantiasa bersyukur dengan apa adanya... Alhamdulillah.

Rabu, 20 Mei 2015

ROBOT



Entah ... dah jadi robot sebab apa pun tak tahu. Catat pendek-pendek aje...

Isnin, 18 Mei 2015

Selasa, 12 Mei 2015

Ku Mohon





Setiap hariku mohon agar kau senantiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya artinya

Kau beriku harapan, menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang, dengan merasa kesyukuran
Ku doa kau selalu mengawasi gerak-gerikku
Berkatilah ku perlu rahmat dariMu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu

Ada kala ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tak bersabar hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua itu ooh
Kuatkanlah (kuatkanlah) jagakanlah diriku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu

Curahkanlah nikmatMu kepada hidupku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu

Lagu : Ku Mohon
Artis : Afgan





Sabtu, 25 April 2015

Langit tetap biru

Lirik Lagu Langit Tetap Biru – Aizat Amdan

 Jom nyanyi ...

 Awan putih, awan gelap
Langit biru, tetap biru
Orang baru, orang lama

Dunia tetap, tetap sama

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku
Kekal di hatiku


Langit tetap biru

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku


Dan hanya tinggallah segala cerita
Tentang hebatNya
Tentang jiwaNya
Tentang hikmahNya


Awan putih, awan gelap
Langit biru, tetap biru
Orang baru, orang lama
Dunia tetap, tetap sama


Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku








Tabah lah duhai hatiku ... hakikatnya mereka sering menyakitimu namun kamu harus kuat, jangan sampai setitis air mataku ini mengalir sebab sudah terlalu banyak yang telah tumpah akibat perbuatan mereka. Tidak mengapalah, duniakan hanya lah sementara. Kejarlah yang abadi. Jika memang telah tertulis di tangan takdir begitulah yang harus aku  jalani. Aku harus jalani.

Buat kamu yang selalu sakiti aku, sakitnya itu di sini... di dalam dadaku. Terima kasih kerna kamu beri aku kesakitan ini. Buatlah sesuka hatimu kerna aku masih berpegang kepada KARMA!!!

Kisahku bukan kisahmu jadi jangan kisahkan aku jika aku nak mengisahkan kisahku di sini.

 

 

Jumaat, 24 April 2015

Yakin saja






Penat dah... berhadapan dengan perangai-perangai manusia yang memualkan. Tapi saya juga manusia sama seperti mereka. Berdoa, agar saya tak jadi macam mereka sebab takut saya melunaskan dendam yang senantiasa membara di jiwa. Dendam yang tak pernah terhapus tetapi sedang berusaha untuk memadamkannya. Sebab dendam itu tidak harus ada dalam diri manusia. Dendam boleh merosakkan diri sendiri nanti.

Menanam tepu di tepi bibir... Wah !!! semalam saya dihadiahkan oleh seseorang dengan kata-kata indah ini hehehe... tapi abah saya memang tanam tebu sebab paman saya jual air tebu. Boleh menjana mendapat lagi tuw , masyuk.

Entahlah, nak luahkan macam mana lagi pun tak tahu. 42 versi terbalik 24 sama dengan hipokrit.

Saya yakin, apa jua yang telah ditakdirkan menjadi hak milik kita , Allah tak akan biarkan menjadi milik orang lain. Fikir-fikirkan lah.

Pasrah bukan bererti saya tak usaha apa-apa tapi saya saja tak buat apa-apa. Pening tak ayat saya nie. Kalau pening tak apa, biarlah saya sahaja yang faham.

Saya tetap tenang dan bahagia sebab saya ada cinta jiwa saya.

Rabu, 22 April 2015

Hati berbentuk bintang


Hari ini kembali lagi menulis. Alhamdulillah, semakin rajin jemari ini untuk memasukkan entri-entri terbaru.

SAYA DAH KATA, HATI SAYA DAH HANCUR!!!

My BFF ... Best Friend Forever yew bukan BoyFriend Forever sebab saya mana boleh ada boyfriend , dosa tuw hehehe ... Bff kata , you nie raihan , kalau dah hati kamu hancur memang lah tak boleh dah nak jahit tapi kamu boleh acu balik hati kamu kan... fuh! kamu ingat hati saya yang dah hancur macam masuk dalam blender tuw, senang-senang ke nak dapat balik hehehe...

Dia kata, apa susah-susah, aculah hati raihan tuw ikut acuan bintang. Kenapa bintang sebab bintangkan ada bucu, kalau ada orang nak hancurkan lagi hati raihan, gunakan bucu tuw sebagai pertahanan. Dalam hati saya, betul jugak tuw. Jadi , sekarang hati saya dah saya acu mcm bentuk bintang kat atas tuw... cantik tak?

Bukan lawak taw... serius saya tulis nie. Hati saya telah berbentuk bintang. Bergemerlapan pada waktu malam dan senantiasa bersinar. Tapi jauh nun di sana. Susah taw nak tangkap hati saya nie balik. Sebab saya tak akan biarkan ianya dihancurkan berulang-ulang kali. Cukup sekali ianya dihancurkan oleh manusia-manusia itu.

Hidup saya , Alhamdulillah, belum pulih sepenuhnya namun tetap saya jalani dengan rasa kesyukuran. Sebab saya ada cinta dia yang sangat cintakan saya. Bila saya sedih, duka, menangis ... dia selalu ada untuk saya. Tanpa dia, tak mungkin saya mampu untuk bangkit semula.

Saya sangat cinta dia melebihi nyawa saya. Dia adalah segala-galanya bagi saya sebab dia beri saya nafas yang sangat indah ini.

Kisahku ... terima kasih sudi baca dan singgah.

Selasa, 21 April 2015

Bila hati mula berbicara






Assalammualaikum kepada semua pembaca blog kisahku ... apa khabar? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat dan senantiasa di bawah rahmat Allah SWT. Lama betul saya tinggalkan blog ini kannn... tak tahu nak kisahkan macam mana. Sejak peristiwa PAHIT saya pada tahun 2013, saya jadi takut untuk menulis. Saya takut terbocor semua kisah-kisahku yang agak sulit untuk dikongsikan bersama. Belum masanya lagi saya coretkan peristiwa itu di dalam blog kisahku ini.

Ada orang kata, bila saya menulis dalam blog ini... seolah-olah saya nak bagitau kisah-kisah kehidupan saya kepada satu DUNIA. Hemmm ... persepsi manusia, pelbagai-bagai. Terpulang kepada kamu nak buat persepsi-persepsi yang bagaimana??? Saya tetap akan menulis selagi kata hati saya kata, kamu kene menulis. Abaikan sahaja kata-kata manusia pada kamu.

Cuma saya tak tahu bagaimana lagi harus saya hapuskan segala kenangan yang sangat pahit berkaitan peristiwa yang berlaku pada tahun 2013. Ya Allah , sukar betul untuk saya lepaskan diri saya dari kenangan itu. Rasa dah sangat-sangat letih, dah tak berdaya. Adakala, saya termenung sendiri, bagaimana saya nak dapatkan balik hati saya yang dah hancur. Kalau setakat hati terluka, mungkin bisa dijahit kembalikan hehehe... tapi hati saya dah hancur macam masuk dalam blender ... Entahlah.

Sekarang aku jadi manusia yang sangat pendiam dan beku. Kesiankan , sedih betul kan...

Inilah saya... asal menulis mesti nak tulis yang sedih-sedih huhuhu ... nak baca boleh, tak nak baca pun boleh.

Maafkan saya bila hati mula berbicara sebab hati saya dah hancur sebab itu gaya tulisan saya mesti sedih-sedih. Saya belum pulih lagi. Saya tak tahu sampai bila. Harap sudi doakan saya dan saya dapat pulihkan semula hati saya yang dah hancur itu.

Saya sayang KISAHKU.

Khamis, 12 Mac 2015

Doa itu senjata orang mukmin



Assalammualaikum,

Lama sudah saya tinggalkan blog kisahku ini sepi tanpa ada catatan terbaru. Bukan bererti saya telah melupakan blog ini, tapi saya takut untuk menulis. Takut sebab bila saya menulis biasanya saya akan menulis dari hati. Saya takut meluahkan apa yang tinggal di sisa  hati saya yg telah berderai ini.

Kisah semalam memang sangat pahit untuk dikenang, namun selagi nama manusia memang sukar untuk memadamkan apa jua kisah pahit yang pernah datang dalam kisah hidup kita.

Hemmm... tak baik kan mengeluh... sebab kisah pahit itu sekarang saya memberanikan diri menjadi usahawanita. Kemahiran yang Allah SWT bagi, saya gunakan sebaik mungkin. Saya sedang beusaha, ada kala bangkit dan ada kala jatuh. Biasalah... nak berjaya bukan senang. Betul ke benar ...

Saya sedang cuba menyembuhkan diri ... perlahan-lahan. Mohon kepada pembaca blog kisahku mendoakan saya selalu agar diberi kekuatan untuk meneruskan kisah-kisah hidup saya. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Terima kasih.