Khamis, 29 Julai 2010

Kisahku Vs Laksa

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
( ^ _^ )


Walupon...semua org kata laksa tu cun melecun tp aku tetap kata tak cun...oppp apew yg aku merepek ni...

Kisahku Vs Laksa ni sebenarnya agak lucu...nak tahu....Jom baca seterus yew hehehe....
.
.
.
( ^ _^ )
.
.
Begini kisahnya....
Pada tahun 1984, di mana pd tahun ini aku sekolah tabika kemas lagi...comei tau aku masa ni heheheh...
Satu hari cikgu pembantu tabika tu nama yew cikgu Nani...dia pon seperti biasa masaklah utk kami...bau masakan yew mmg best...terliur lah semua bebudak yg ada dlm kelas tabika tu, termasuk lah aku sekali.
Jeng...jeng...jeng...

Maka keluar lah menu hari itu iaitu Laksa seperti di atas tu huhuhu... maka yew sorang budak tu pon menangis, sapa ntah nama budak tu heheheh...Maka cikgu Intan pon suruh lah semua murid-murid yew makan termasuklah budak yg menangis tu...walupon sudah bertong-tong air mata budak tu jatuh berlinang mohon agar tidak menjamah laksa itu...namun cikgu kata,kita kene mensyukuri apa-apa jua makanan yg terhidang di depan kita (bagus cikgu ni) maka dgn berat yew hati budak itu pon makan. Habis aje laksa dlm mangkuk oren itu maka tersemburlah semua apa-apa jua yg telah masuk dalam rongga perot yew...kecian yew budak ini. Habis baju sekolah n lantai bau harummm dgn semburan yg tak sepatutnya.

Dari hari itu ,  budak ini telah mengalami trauma yg agak kritikal dengan menu Laksa huhuhu sampai budak itu berumo awal 30-an ini tak pernah sekali pon menyentuh menu laksa dlm hidup yew.

Moral of story... Jika makanan itu tidak disukai oleh budak2...maka jgn paksa, pujuk lah perlahan-lahan, kalu mmg dia tak suka, biarkn lah, mgkn satu hari nanti dia akan makan jua makanan itu tp dlm kes budak itu mmg dia sgt truma dgn laksa.

Sapa polak nama budak itu???

Aku N kisahku

Tamatlah sudah Kisahku Vs Laksa.

Air Kunyit


Nyum...Nyum...Nyummmm

Bila nak minum...
Mula2 baca Bismillah...
Lps tu Tutup Hidung...
Pejam kan Mata...
Terus minum dan telan

Hahahahaha...rasa nk muntah tp demi menjaga kesihatan badan harus minum...redah aje lah tak kisah pon.
Apa yg penting KESIHATAN.
Sihat Sepanjang Kisahku...boleh ke slogan mcm ni ...apa2 aje lah ( ^ _^ )

Rabu, 28 Julai 2010

Aku Yang Bernama Ainraihan


Julai ini...

Ada Kisah Duka Dan Ada Kisah Gembira
Itu lah Kisahku Yang Bernama AinRaihan

Sebagai hamba Allah, dari kecik hingga lah aku dewasa setiap kali aku berduka ,  Allah SWT akan memberikan aku kegembiraan. Setiap kali airmataku jatuh berlinang setiap itu jugak , Allah SWT memberikan aku kebahagiaan. Terasa aku sgt2 kerdil di sisi NYA, terasa diri ini tidak layak untuk mendapat kasih sayang NYA. Sangat Luhur kasih sayang Mu Ya Allah pada hamba Mu ini.

Aku dan Kisahku akan senantiasa ada Allah SWT di sisi aku kerna aku adalah Hamba NYA .

Selasa, 27 Julai 2010

Perasan N Aku


Alhamdullilah Pagi Tadi Aku PERASAN gaji aku dah naik...Syukur Alhamdullilah. Syukur Ya Allah.

Aku PERASAN kisah aku semakin hari semakin menarik
Aku PERASAN setiap hari kasih suamiku semakin mendalam
Aku PERASAN setiap hari aku kene buat tugasan aku
Aku PERASAN semakin jauh aku melangkah semakin dekat aku dengan Alam Abadi
Aku PERASAN anak aku setiap hari semakin besar
Aku PERASAN yang aku kadang kala kene PERASAN

PERASAN N Aku Mmg Tidak dapat dipisahkan.
Apa yg penting dengan PERASAN ini KISAHKU lebih menarik lagi.

Tapi bila org kata Aku PERASAN kenape aku tak PERASAN...heran heran...

Apa Yang Penting Setiap Kali Aku Berdoa Aku PERASAN,
Allah SWT senantiasa Mendengar Doa-Doaku .
Alhamdullilah.

Sabtu, 24 Julai 2010

Bila Sabtu Bekerja

Macam-macam perasaan kalu sabtu bekerja, sbb kt kwsn library semua pejabat tutup hanya library buka.

Aku tengah dok melayan perasaan mana tahu dpt idea yg bernas hehehe...
IDEA apa yew...

Nak Buat Aktiviti Apa Utk Library???
Nak Buat Apa Lg Utk Menceriakan library???
Nak Buat Kempen Keahlian???
Nak Tambahkan Ahli Baru???
Nak Buat Kelainan Utk Library ni???
Nak Nak Nak ???

IDEA Oh IDEA....

Jumaat, 23 Julai 2010

Novel ... Aku Kan Novelis!

Buat Iza, cintanya pada Hisham hanya akan menjadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?


Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.

Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.


( ^ _^ ) Tengah Baca Novel Ni... Beli Sendiri hehehe...Layannnnn.....

Khamis, 22 Julai 2010

Mekap


Wah! byk yew warna... Meriah gituw...Tapi Aku...

Sebenarnya aku ni mmg sgt jarang bermekap , kali terakhir aku bermekap cara formal dalam Majlis Perkahwinan aku tahun 2002. Lama dah hehehe...

Tak pandai nak mekap2 ni, sekadar guna gincu je itu pon kalu ada majlis2 rasmi , kalu tak mmg wajah asli aku. Celak pon aku tak minat nk guna sebab rasa mcm mata aku ni jd bertambah besar.

Tapi....emmmm....kadang2 tu teringin gak nk mekap2 ni tp utk huby aje hehehe...bertuah huby aku.

Rabu, 21 Julai 2010

Kisah Kah Aku???


Sebenarnya dah tak kisah pon....(^ _^)

Julai genap 5 bulan aku di sini. Di sana telah aku tinggalkan segala kisah-kisahku .
Mengapa perlu ada rasa yg tidak perlu aku terjemahkan.
Biarkn saja
Mereka lebih arif utk menguruskan Di sana.

Aku harus punye semangat seperti Bunga Matahari
Walaupon tidak seharum Mawar
Aku tetap aku
Yang Punya Kisah
Tersendiri.....

Selasa, 20 Julai 2010

Kecoh Kecoh...


Rasa-rasa aku rancangan ni mmg best sebab menyemarakkan semangat gotong royong antara masyarakat sekampung.

Teringat aku waktu duluw2...

Masa aku kawen, semua menu dimasak guna dapur kayu. Sampai tukang masak menangis2 hehehe...sebab terlalu banyak yew asap. Tp masakan mmg best, sedap sgt. Nyum Nyum...

Budget kenduri pon tak sampai RM 5000+++ semua kenyang , Alhamdullilah

Aku pon tak tahu kisah anak dara aku yg sorang tu bila sok dia kawen, entah2 guna khidmat catering aje, zaman tu mgkn semua nk yg mudah. Kalu mcm tu apa kata aku buat bisnes catering polak hehehe...

Jumaat, 16 Julai 2010

Naik...Naik...Naik!


Semua pon naik... termasuk lah aku, walupon semua benda naik nape badan aku tak turun-turun asyik naik aje, aku ingat kalu semua benda turun, badan aku pun menurun kot hehehe...

Kata lain bg naik ape yew??? Bangkit kot hehehe...

Nampak gaya aku kene naik basikal dan kurangkan makan gula, kalu nk makan gula gak kene tanam tebu dipinggir kebun lah jawab yew. Boleh ke? Boleh boleh boleh...

Puasa dah nk dekat...jd pergi keje naik basikal dan buka minum air kosong, jwb yew... TURUN lah aku ponye badan , nyanyi dulu lah... lalala... lalala... lalala...

Takyah diet ini bulan, makan nasi lemak pagi petang hahahahaha.... layannnnnnnnnnnn

ILUSI


Sinopsis Drama ILUSI


Tiada sesiapa yang bakal mengetahui masa depan mereka. Namun, apakah ia merupakan sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza lakonan Diana Rafar yang berkebolehan melihat masa depan? Sewaktu belajar di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat. Lyza dan Shahril mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing.


Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal. Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka.


Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Rizal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza. Kebaikan Rizal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang.


(p/s) Pukul 6.30 pm - 7.30pm... makin rajin lah aku dok depan TV bukan dok depan dapur hehehe... Suka tgk drama ni, setelah ADAMAYA. Best...

Khamis, 15 Julai 2010

Kisah Skim Cepat Kaya


Alhamdullilah, pagi ini hujan turun membasahi bumi. Bersarapan dgn makanan kegemaran aku Nasi Lemak dan Air kosong, duduk di depan Tv, menonton MHI. Isu hari ini adalah ttg Skim Cepat Kaya dan MLM.

Bagi aku, org yg taraf hidup sederhana ini, sgt takut dan bila ada tawaran skim-skim begini aku akan berfikir byk2 kali utk menyertainya. Bukan tidak tertarik tp duit tabungan yg aku ada adalah hasil kerja keras aku bekerja seawal umur 18 thn dan aku tak mahu duit yg aku tabung ini akan sia2 bila dilaburkan.Biarlah aku melabur ditempat yg selamat yg akn memberi manfaat kpd aku walaupun lambat tp selamat.

Sesiapa pun ingin kaya. Tp utk menjadi kaya kita kene berusaha dan usaha ini bukan hanya sekelip mata tp harus usaha yg berterusan sepanjang hayat kita. Aku sendiri senantiasa berusaha dan terus berusaha dgn Ilmu yg aku cari dan terus mencari.

Kaya bg aku bukan hanya pd harta tp kaya di sini dan di sana kerna di sana adalah kehidupan kita yg ABADI.

Biar lah aku dgn cara aku walaupun penat menjahit manik dan mencari Ilmu-Ilmu tentang Jahitan, tp aku puas krn setiap hasil yew terasa sgt manis krn itu adalah hasil dr usaha aku sendiri dgn tenaga dan Anugerah dari Allah SWT yg memberi aku jemari yg sgt halus ini. Walupun kadang kala terdengar kata2 cabaran namun tetap aku gagahi diri ini utk meneruskan minat aku dlm seni Jahitan ini. Doakan aku agar senantiasa tabah menghadapi kisah-kisah kehidupan aku di dunia ini bg meneruskan kisah-kisah aku di sana nanti. Amin.

Rabu, 14 Julai 2010

Kisah CINTA


Aku dedikasi kn ttg kisah Cinta ini pd teman yg sgt aku sayangi yg kini jauh di mata tp senantiasa berada dihati aku.

Zahra...

Aku tahu , kamu senantiasa berlari mengejar cinta peria yg rupawan
Tp aku juga tahu, kamu senantiasa kecundang
Mengapa???...
Semua terletak pd dirimu , duhai temanku.
Aku tahu kamu sgt sengsara
Tapi semua sengsara mu itu adalah ciptaan mu sendiri

Zahra...

Dengari lah aku
Aku tahu, sejak aku pergi jauh dari mu
Kamu mula alpa
Kerna tiada lg panahan-panahan kata ku
Mengapa Kamu Jadi Begitu

Zahra...

Aku tahu, aku ni bukan siapa-siapa bagi dirimu
Tapi aku sangat sayang kamu
Sebab kamu itu umpama Adik ku

Zahra...

Andai tiada lg Cinta Peria Untuk Mu
Sedarlah bahawa Kamu
Adalah Insan Yang Terpilih
Hanya Untuk Mencintai
Bukan Dicintai...

Zahra...

Aku tahu.....
Hidup kamu kini dalam persimpangan...
Aku juga tahu, kamu sudah puas berlari
Mengejar dan terus mengejar...
Tapi akhir, kamu yang menangis sendirian

Zahra...

Kamu sebenarnya...
Tidak tahu apa itu erti Cinta
Tahu kah kamu
Cinta yang terunggul hanya pada Tuhan yang Maha Esa

Zahra...

Aku tidak mahu melihat dirimu
SENSARA
Kembalilah kepada CINTA pada Tuhan MU
Kerna hanya CINTA pada NYA
Kamu akan menemui Cinta-cinta hamba NYA.


Zahra...

Aku senantiasa tahu...



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Isnin, 12 Julai 2010

Kisah disebalik KEK


Sebenarnya dah lama nk update ttg kisah kek ni, tp oleh krn gambo yew terpaksa diambil dlm myhuby punye hp maka terpaksalah tertangguh beberape kali. Takpe usaha tangga kejayaan.

Alhamdullilah, aku sgt bersyukur krn hajat aku utk menghadiahkan kek yg ade gambar huby n soffi tertunai jua. Sebenarnya byk cabaran yew, semasa aku menempah kek ni aku dlm perjalanan nk ke Meru sbb keesokan hari yew aku terlibat dgn Hari Ilmu. Hr tu pulak hujan. Hampir2 aku nk cancel kn tp aku nk jgk kek yg ade gambar. Lg masa nk tempah kek juruperunding kek tu kata gambar tak sesuai nanti kek tak cantek tp aku tawakal pd Allah SWT, apa yg penting pd 30 Jun tu aku nk hantar ke Sekolah myhuby dgn jayanya.

Pada 30 Jun tu aku pulak sebenarnya kene pergi mesyuarat dgn ayu , tp aku terpaksa bertukar dgn kak Angah aku ( Mekacih Angah) dan aku jgk terlibat dgn latihan bg menjayakan persembahan Teater Muzikal , namun aku gembira walaupon byk sgt cabaran aku berjaya jgk. Alhamdullilah.

Nak tahu hadiah ape aku bg kt huby aku tahun ni hehehe... huby pon tak tahu lg... tunggu...

Jumaat, 9 Julai 2010

Kisah Si Buah Nenas


Tetiba aje ada org tu mengidam nak makan buah nenas. Aik! banyak heran woooo... dia dah lah mmg tak boleh mengandung sebab dia tu lelaki.

Jeng jeng jeng ...! sapa kah dia???

Nak tahu, kene makan tahu duluw hehehehehehehehhehehe........

Sebenarnya En Huby aku tercinta da..... mengidam nk makan buah nenas. Jawab yew tahun depan dpt baby baru lah kami, Insya Allah . Amin. Itu petanda baik tu. Moga2 dimakbulkan Allah SWT hajat kami untuk menambah zuriat. Sebab ape, mmg kalu aku mengandung dia yang terlebih pakej yew, siap mengidam dan demam , sayang isteri kata kan.

Apa-apa pun, mmg buah nenas dah ade ( siap tanam sendiri lg tu..), apa tunggu lagi, makannnnnnnnnn........... jgn lupa baca apa, baca BISMILLAH. Amin. Alhamdullilah.

Khamis, 8 Julai 2010

Mengidam



Aduhaiiii..... aku mengidam nk pakai baju nih.
Tolong aku bantu aku dah sgt2 mengidam nih
Alhamdullilah, Ambar Kesturi kata kakak dia boleh jahit.... yahooooo

Nk beli tak boleh sbb aku ni dah lah tinggi takde readymade jd kene tempah.... tak kisah lah janji aku dpt pakai baju ni heheheheheheheh..... sementara waktu ni aku layan gambo aje lah.... layannnnnnnnnnnnnnnn

Isnin, 5 Julai 2010

Berjaya


Alhamdullilah....akhirnya aku lulus dalam peperiksaan subjek jabatan S17. Sangat-sangat gembira.
Lega sangat.

Alhamdullilah Ya Allah.

Terima Kasih pada
.
.
.
.
.
Suami
.
.
.
Anak ku Soffi
.
.
.
Abah n Mak
.
.
.
Bapak n Mak
.
.
.
Ketua-ketua
.
.
.
Semua teman-teman yg senantiasa mendoakan diri ini.
.
.
.
TERIMA KASIH
Sejuta Senyuman untuk Semua

Jumaat, 2 Julai 2010

Olalalala...


Alhamdullilah, selesai sudah pertandingan bg persembahan teater muzikal di Kompleks PKNS Shah Alam sempena Hari Buku.

Keputusan, team kami dpt no 4. Sebenarnya sgt terkejut sbb team kami ni semua yew baru2 belaka dlm dunia teater ni. Masa berlatih pon asyik tergelak aje. Naik pentas semua yew gementar.

Tahniah pd Ratu krn memenangi pertandingan ini. Tahniah jgk pd pengurus kami kak Mis dan Pa sistem kami Abg Yazid serta pd rama2, cendawan , murai dan bunga seri pagi. Korang mmg best.

Tahun depan bg org lain pulak menunjukkan kehebatan mereka hehehe...