Jumaat, 30 April 2010

I-Play



Seronok kan bila berada di kisah zaman kanak-kanak- Kisah kita hanya main...main..main. Rindu ye dgn kisah kanak-kanak aku. Duluw takde bende2 i-play ni. Permainan aku, biasanya permainan budak2 kampung, panjat pokok, main tembak2 guna buah hutan, main guli, main congkak, main batu seremban, main sorok2, main baling selipar, main nyorok2, main pondok2, main masak2, main kejar2, main polis2, main jual2... banyak ye permainan aku heheheh... tp semua ye takde bermodal, kreatif sendiri.

Anak aku skrg suka main puzzle, main komputer, main i-play, main masak2, main doktor2, main-main hahahahah... janji anak aku bahagia sudah, ok layanlah gambo anak aku ni tgh main dgn kawan-kawan ye, si kecil molek, siti Khadijah n si kembar nama Sofiya , dan Soffiyyah(anak aku).

3 Sekawan yg senantiasa menceriakan Perpustakaan Daerah Sabak Bernam.

Rabu, 28 April 2010

Kisah si Bunga Mawar


Tetiba nk berkisah tentang bunga mawar. Mawar dalam gambar itu sebenarnya adalah pemberian dari lelaki yg sangat istimewa dalam kisahku.

Lelaki ini memang suka bagi aku bunga mawar. Biasa lah kan kalu namanya wanita mmg suka dgn bunga-bunga ni. Mula2 lelaki ni bagi aku 24 kuntum bunga mawar. Apa perasaan aku? Teruja sangat... pertama kali lelaki itu bagi mawar warna merah. Kali kedua ni lelaki ni bagi aku mawar pelbagai warna siap suruh aku pilih lagi, lelaki ni hanya hulur duit je kt kedai bunga tu. Sepanjang jalan aku pandang je bunga mawar ni dan aku cium kehangatan haruman mawar ini.

Pada lelaki ini, aku sangat berterima kasih sebab sepanjang tempoh perkenalan kami lelaki ini memang selalu buat aku bahagia. Lelaki ini adalah cinta terakhirku.

Andai aku yg terdahulu menutup kisahku di dunia ini, moga lelaki ini akan menyirami pusaraku dengan haruman air mawar.

Jgn ditanya mengapa aku berkisah begini kerna aku yakin dan sangat pasti setiap yg bernyawa pasti akan merasa MATI.

Lelaki ini adalah Suamiku yg sangat aku CINTA.

Bee... I Love U so much.

Selasa, 27 April 2010

Banyaknya tanda soalan???




Malam yg sejuk ni...aku pun belayarlah ke alam maya meninjau-ninjau blog teman-tema maya. Tetiba tersinggah kt blog kak mi. Pelik tp benar, aku sebenarnya hari ni bercuti, tak tahu perkembangan library utk jangka masa 3 hari ni, mcm2 boleh terjadi.

Nk kata ni salah nak kata tu salah jd serba salah , akhirnya keluarlah byk tanda tanya??? mcm gambar di atas tu. Susah utk aku sendiri huraikan. Nape ye jd mcm ni, aku tahu apa yg melanda kak mi pd luaran ye, dalaman aku mgkn tahu dan mgkn jgk tidak.

Dalam setiap pekerjaan itu mmg ada baik dan kureng ye, biasalahkn di mana2 masalah tetap ada. Pendirian masing2 utk menyelesaikan ye. Aku???

Aku tetap aku dgn kisahku, kisah org lain mgkn aku ambk kisah dan mgkn jgk aku terkisah hahahah... aku sendiri mgkn jgk pening kalu berada kt tpt kak mi, kesian kak mi, takpe kak mi , kita berkhidmat utk masyarakat itu agenda kita, memberikan yg terbaik agar masyarakat mendapat manfaat dari apa yg kita sumbangkan. Tak kisahlah bos-bos kita , janji bos kita senantiasa perihatin pd kita sudahlah, biarlah bunyi ye tak seirama sbb manusia ni kn suka lain-lain irama, macam kita jgk aku dgn irama nasyid ye, ayu dgn irama rock , kak mis dgn irama balada ye dan angah aku tercinta dgn irama dangdut ye. Kan dah pelbagai irama. Jd kak mi kita kene belajar utk mengikuti irama-irama bos-bos kita janji dia bahagia kita pun senang hati mendengarnya. Mcm aku sendiri kalau jaga kaunter edaran si ayu mendendangkan irama rock aku pasrah jelah nk buat mcm manakan dah dia suka, aku kenelah menghayati ye walaupun sakit jgklah telinga aku ni heheheh jgn marah hah cik ayu yg mmg senantiasa ayu, akak raihan sayang ayu.

Pada bos-bos aku, kalau lah terbaca blog kesayangan aku ni, kalu nk mendendangkan irama kasi sedap-sedap sikit bunyi ye sbb kami ni jgk manusia biasa sama mcm bos-bos jgk. Apa-apa pun kami sedia berkhidmat, sayang bos semua. Doakan yg terbaik utk kami.

Aku sayang bos-bos aku sbb mereka sumber inspirasi aku.

Pn M- baik hati n Penyanyang, Pn S- tegas n pemurah,
En K - Perihatin n budiman, En H-Setiakawan n mesra

Inilah bos-bos yg aku kenal dan untung aku sbb bos aku ada 4 org, sila lah jeles ye...
Ini adalah anugerah dari Allah SWT, mmg takdir kisahku kalau kerja sll dpt ramai bos, dulu mantan kerja aku kat Lay Hong Berhad aku ada 8 bos. Nikmat tu, Alhamdullilah.

Jd kak mi, senyum selalu, raihan sayang kak mi mcm raihan sayang kakak2 ipar raihan. All the best to Kak Mi http://ambarkesturi.blogspot.com/

Isnin, 26 April 2010

Jalan-jalan Makan Mee Udang BNO



Melepaskan rindu kt bondaku tercinta... bawak bonda n soffi n zirah pergi makan mee udang...nyum nyum...nyum

Sembang2 n balik, janji dpt lepaskn rindu sudahlah.

Terima Kasih bonda sbb sudi dating dengan kita, lain kali kita pergi jauh sikit, Opp.. bocor rahsia heheheheh...

Sayang bonda selalu.

Kisah si kasut tinggi



Percaya tak kalu aku katakan yg ini adalah kasut aku. Percaya???

Aku sendiri pun mcm tak percaya sbb ye dengan ketinggian aku yg mencecah ke 170 , adakah wajar utk aku memakai kasut ini. Harga kasut je mencecah Rm 90.00 (maklumlah kn baru lps gaji)

Kalu aku pakai je kasut ini mmg mcm tiang elektrik. Terasa tinggi sesangat, sampai org nk pandang muka aku pun susah heheheheheh... tp aku mmg dah lama teringin nk pakai kasut mcm ni. Jd apa-apa je lah, janji aku bahagia sudahlah.

Ketinggian itu satu anugerah, bersyukur sgt sbb aku antara hamba Allah yg merasa nikmat ketinggian itu. Alhamdulilah.

Apa-apa pun aku nk bagitau sebenarnya itu kasut anak buat aku hehehehe... jgn marah hah... ( ^ _^ )

Sabtu, 24 April 2010

Kisah Sekolahku-Part II







3 Biru , cikgu bernama cikgu Marziah. Kwan rapatku masa ni, Zarina, Suraya dan yg paling rapat Rafidah. Rafidah ni aku baru je bertemu kembali dengan dia kt facebook. Seronok rasanya. Seingat aku masa ni ketua kelas kami bernama Hairul Lokman. Si Jejaka yg suka mengadu n menulis nama kwn yg bising kat papan hitam, pastu cikgu masuk terus lah kenakan denda ketuk ketampi sampai 50 kali ataupun 100 kali. Aku kalu kene siap mengigil kepala lutut. Sampai sekrg mmg tak kn lupe budak nama Hairul Lokman. Anti aku dgn budak ini. Kalu jumpa kat fb mmg aku akan serang balas huhuhu...nasib tak jumpe lg.

Beralih ke darjah 4 Biru. Cikgu Norlida. Cikgu ni mmg best sbb suka cubit, kalu cikgu cubit mmg best hahahahah... ketua kelas Samsul Akmal dan penolong kelas akulah hehehehe...seronok boleh sll pergi pejabat ambik buku kedatangan. Masa ni aku ingat pernah tengok Gerhana Matahari.

5 biru tp termasuk kelas jingga. Frust sgt...tak tahu mcm mana boleh tertukar warna. Dekat kad pelajar 5 Biru tp masuk jingga. Tp semua ye ade hikmah. Masa ni aku murid kesayangan cikgu Allahyarhamah Husenir Bibi. Aku pun sayang sgt kt cikgu ni . Kwn yg suka aku sakat ialah Fadzili(ejaan tak pasti) aku pernah sorok kn beg dia hahahahah...kisah itu kalu dikenang mmg lucu. Masa ni akhir tahun aku periksa dpt no 3. Dapatlah aku naik pentas ambk hadiah. Alhamdullilah.

1990 tahun akhir aku kt Sekolah Rendah aku tercampak balik kt kelas 6 Biru. Cikgu Hajah Siti Rozita. Cikgu ya lawa suka pakai baju fesyen pastu cantik2 baju ye. Barulah semangat aku nk ambk UPSR. Masa ni seingat aku kwn aku nama ye Siti Hajar org Bukit Kapar. Aku suka minta inai dari dia. Masa ni aku dok dlm kumpulan meja Darul Iman(kalu tak silaplah ye) Keputusan UPSR aku Alhamdullilah semua abjad ada. A B C D hehehehe....

Bersambung ke kisah Sekolah Menengah...tunggu ye heheheheh...lagi best tau

Rabu, 21 April 2010

Cahaya


Genap sudah 2 bulan aku berada kt lib Daerah setelah ditukarkan dari lib Dataran. Semangat mula menyinari hidupku pabila lib Daerah dalam proses baik pulih bangunan.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih aku kpd bos-bos aku yg senantiasa perihatin dgn masalah kami di sini. Skrg aku dpt lampu baru, pagi tadi masa aku dtg keje berkobar2 semangat aku nk susun buku, walaupun aircord belum dibaiki, dgn bahang panas aku masih boleh menyusun buku sbb terang sgt dgn lampu baru. Seronok rasa ye. Bila hati dah suka apa pun sanggup diharungi .

Semoga team kami success selalu, hari ni semua staff Daerah susun buku walaupun aircord rosak lg tp sbb dah dpt lampu baru, umpama memberi sinar kpd kami.

Umpama bila aku renung wajah soffi yg bercahaya itu, memberi aku satu semangat yg susah utk aku tafsirkan.


p/s: team mawar kami warga kerja PPAS Perpustakaan Daerah Sabak Bernam kami namakan MRAH
singkatan permulaan nama kami, M-mewakili Miskiah R-mewakili Raihan A-mewakili Ayu H-mewakili Habibah

apa yg penting MRAH ....satu hati satu tujuan.

Selasa, 20 April 2010

Tesco Setia Alam



Inilah rutin bila balik kampung kt meru, perkara wajib Soffi mesti ajak atuk dgn nenek, jalan2 kt tesco, Soffi kata, jalan2 ronda-ronda.

Atuk dgn nenek dah faham dah hehehehe...almaklumlah cucu kesayangan, ikut je lah apa yg cucu nk, sabar ajelah aku... layan je lah gambar kegembiraan diwajah Soffi bila atuk n nenek bawak ronda2 kt tesco.

Wanita ini


Ada rindu ada sayang pabila aku terpandang gambar ini. I miss mybonda so much... hope u all happy sll, miss u... from mantan mu yg jauh dimata dekat dihati.

Jumaat, 16 April 2010

Titipkan aku doa teman


Doakan aku agar aku dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan subjek jabatan S17 di bawah Perpustakaan Negara Malaysia pd 19/4/2010.

Sebenarnya paper ulangan sbb terkantoi thn lepas. Seram sejuk jgk sbb paper last. Lulus je paper ni aku dah boleh menarik nafas lega.

Doakan aku dlm perjuangan ini.

Rabu, 14 April 2010

Rindu Nenek



Sebak ye rasa dihati ini bila terpandang gambar2 lama tika aku bersama nenek tercinta. Inilah nenek kesayangan aku yg telah lama meninggalkan aku. Al Fatihah utk arwah nenek...

Air mata ini sll mengalir jika terpandang wajah nenek kt gambar. Byk kisah-kisahku bersama nenek. Neneklah yg ajar aku solat, neneklah yg ajar aku makan durian n sate, neneklah yg tunggu aku masa aku sekolah tadika,neneklah yg ajar aku naik basikal, neneklah yg membela aku kalu mak n abah marah aku, neneklah tempat aku mengadu, bagi aku nenek adalah segala-galanya.

Kalu aku demam, neneklah yg urut badan aku. Ya Allah, berikan aku kekuatan utk bercerita ttg nenek, aku tahu air mata aku pastikn gugur bila cite ttg nenek.

Aku sgt rindu dgn belaian kasih nenek. Nenek kalu masak sambal tumis mmg best, sampai kuali pun aku sapu licin.

Sebenarnya aku lebih rapat dgn nenek, kalu aku ada masalah aku suka bercerita dgn nenek. Duluw, masa aku mula2 dpt gaji pertama kerja aku, semua aku bg nenek. Aku nk nenek gembira dgn hasil titik peluhku. Nenek ratu hatiku.

Aku rasa nk peluk nenek skrg, tp tak boleh sbb nenek dah pergi jauh. Allah SWT lebih sayangkn nenek. Insya Allah, jika diizinkan Allah SWT , aku nk jumpe nenek kt kisahku di sana nanti.

Nenek, nor rindu nenek sgt, rindu sangat-sangat...

Isnin, 12 April 2010

Maafkan Aku Teman

Aku mohon jutaan kemaafan kpd teman2 sekerjaku krn hari ini aku tidak dapat turun membantu mereka mengemaskn bilik utk kursus kesedaran ISO yg akan berlangsung esok.

Sebenarnya agak kecewa sbb rumah aku antara yg terdekat dgn perpustakaan tp aku tak dapat membantu, sedih sgt huhuhuhuhu.....

Aku sebenarnya sekarang menghadapi masalah kesakitan di belakang badan aku, ada mcm sesuatu bergerak di area sisi tepi badan kiriku.Aku tak tahu punce ye, dah masuk 3 hari sebenarnya. Huby ada suruh pergi jumpe doktor dan berurut tp aku kata kemudianlah, sbb skrg tgh sakit sgt(tiap hr rasa mcm nk demam), silap2 mau meraung aku kalau kene tempat yg sakit sgt tu.

Skrg pulak anak aku Soffi bila masuk je waktu solat Magrib mesti dia nk buat hal, menangis mcm kene pukul. Dlm keadaan aku yg agak kurang sihat ni, mcm2 rasa ada, kadang2 tu dgn2 aku sekali rasa ye nk nangis.

Sebenarnya bapa mertua aku agak uzur , dah berubat cara moden n tradisional. Last sekali huby pergi kt kajang, di mana perubatan ye menyeluruh moden n tradisional. Doktor tu kata satu rumah mmg kene ganggu dgn makhluk alam lain. Dalam rumah n seluruh isi rumah. Doktor kata kami sekeluarga org yg baik .

Sebenarnya, bapa mertua aku ni petani jaya, mmg tiap tahun hasil bendang ye agak boleh dibanggakn. Adakah itu menjadi satu kesalahan. Dia berusaha dgn hasil titik peluh ye sendiri, tak pernah nk menyusahkan org lain. Bapa mertua aku mmg baik, aku kalu nk cite bab kebaikan bapa mertua aku, rasa boleh nangis.

Aku tak tahu nk catat apa lg sebenarnya, aku mmg tersenyum tp dihatiku Allah SWT saja yg tahu.

Aku nk marah, tak tahu nk marah kt sapa, dlm hati semua ye ada. Berdosakah kami jika kami berusaha utk berjaya dgn hasil titik peluh kami. Kalu aku boleh ckp dgn org yg..... kpd kami, tolonglah jgn buat kami mcm ni.

Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini utk mengharungi kisah-kisahku yg masih panjang ini.

Dlm mindaku, aku nk exam 19/4 ni, fokus fokus fokus...dlm keadaan aku yg kurang sihat ini.

p/s: setiap perbuatan manusia itu ada balasan ye walaupun sekecil zarah sekali pun. Aku tunggu kisahku di sana nanti. Redha kah aku jika org buat diriku n keluargaku begini. Aku tunggu...

Jumaat, 9 April 2010

Jambatan


Fikirkanlah , Apabila Malaikat Maut bertandang, artikel Ad -din (Harian Metro edisi 9 April 2010) , antara yg saya baca dan dpt ilmu td , Wajah direnung 70 kali sehari (siapa yg merenung kita 70 kali sehari ?) seandainya manusia sedar hakikat diperhatikan malaikat maut saban hari , nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Bagus artikel ini, bacalah kerna hidup di dunia kita hanyalah sementara, kisahkan hidup kita dengan amalan-amalan yg dapat membantu kita di sana nanti.

Aku sangat kisah dengan KISAHKU

Khamis, 8 April 2010

kisah Mantan n Baru

 Sila jeles ok orang Dataran heheheheh...  layan gambar ye, sila2... berape banyak kali sila pun aku tak tahu... layan ajelah... (^_ ^)

World Book Day


Alkisah rutin wajibku mmg kene masuk web PPAS setiap hari. Maka terpandanglah banner ini , Jom bersama kita meraikan ye ,  kita baca buku ramai-ramai. Membaca Jambatan Ilmu.

Rabu, 7 April 2010

Study for my exam - Pengkatalogan

First study :- Must remember the ten main classes (huhuhu kene belajo in BI)

000 - Computer science, information & general works
100 - Philosophy & psychology
200 - Religion
300 - Social sciences
400 - Language
500 - Science
600 - Technology
700 - Arts & recreation
800 - Literature
900 - History & geography

Second study :- Apakah yang dimaksudkan dengan katalog Deskriptif

Katalog deskriptif adalah huraian maklumat yang terbit/dicetak pada bahan itu dan disenaraikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan berdasarkan Standard Anglo American Cataloguing Rules (AACR). Terdapat lapan (8) peringkat organisasi deskripsi dalam mengkatalog semua jenis bahan : monograf, serial, sumber media dan elektronik.

8 kawasan ialah :-

  1. HEADING
  2. JUDUL SEBENAR DAN PENYATAAN PENANGGUNGJAWAB
  3. EDISI
  4. IMPRIN
  5. KOLASI
  6. SIRI
  7. NOTA
  8. NO. STANDARD
  • TRACING
OK BERSAMBUNG KEMUDIAN

SimplySiti


Sebenarnya tgh dok mencari produk baru nk guna, tup-tup terjumpe produk terbaru keluaran penyanyi tersohor Negara. Rasa-rasa ye nk cubalah produk ni, jgn jeles ye.

Selasa, 6 April 2010

Pengarah PPAS

 Bangga ye dapat bergambar dengan Puan Pengarah PPAS yang aku kasihi Puan Mastura Binti Muhamad. Terima Kasih kepada Juru Gambar En Epie yg mmg sangat pandai mengambil gambar (kene puji kalu nk dia ambik gambar sll heheheh..:-)

Gambar ini di ambik sewaktu Majlis penyerahan sijil Kursus Pengurusan Asas Perpustakaan. Cun betul lah aku ni hehehe... oklah layan gambar ye.

Sabtu, 3 April 2010

Kursus Pengurusan Asas Perpustakaan

Alhamdullilh, tamat sudah kursus 5 hari di Perpustakaan Ratu , Shah Alam. Banyak Ilmu dan idea2 yg aku dapat bagi dimanfaatkan bersama teman2 sekerja n perpustakaan Daerah Sabak Bernam yg aku sayangi. Sepanjang kursus ini aku berulang alik dari Sg Besar ke Shah Alam, ini disebabkan beberapa perkara yg tidak dapat aku elakkan. Jd aku ambil cabaran ini sebagai pengalaman. Sebenar ye bila kita travel jauh2 ni badan agak penat, almaklumlahkn dah tuo hehehehe. Tuo pun tuolah janji aku bahagia.

Dlm kursus ini aku duduk belakang sekali bersama Kak Net, Kak Raja, Kak Su n Cik Ayu(mmg ayu sll)Sbab aku dok belakang bukan krn takut dok depan tapi lmbt dtg almaklumlah kn dari Sg Besar, hari pertama tu aku keluar jam 6.30pagi, mmg dah jd minah rempit, sampaikn Jpj kt K/Sel pun pening tengok kancil aku(kancil sebijak anda katakan) hhuhuhu ,sepanjang 5 hari merempit mmg mcm2 kejadian ye, redah ajela nak buat mcm manakn demi ilmu ku sanggup berkorban. Petang hari pertama dpt mandat dari bos agar tepati waktu masuk pagi, jd hari ke 2, dengar aje azan subuh terus solat dan merempit hehehehe, ni kalu apa2 berlaku kategori mati dlm Iman. Alhamdullilah sepanjang 5 hari menjadi musafir perjalanan mencari Ilmu, Allah SWT senantiasa memberi perlindungan kepada hamba Nya ini.

Jutaan Terima Kasih kpd Pengarah dan semua Bos-bos krn memberikan peluang kpd kami warga S17 ini mencari Ilmu ttg pengurusan asas perpustakaan. Pada teman2 seperjuangan, teruskan baktimu walaupun di mna jua kamu berada.


p/s:- Walaupun org kata keje sbg pembantu perpustakaan itu hanya cop buku tp org tak akan tahu betapa sukarnya utk mengecop buku, nape lu pikirlah sendiri. Kata org tak kenal maka tak cinta, tp aku kata kalu tak kenal cop jgn sesekali kata kami ni org cop buku nanti aku cop dahi korang hahahahaha... Relaks ok... org lepas balik kursus ni mmg mcm ni, ibarat kata macam-macam ada.