Selasa, 31 Mac 2009

Jutawan



Jgn tkejut ye, 3 buah buku ni ade dtangan aku utk bacaan dwaktu rehat, sambil2 buat psediaan utk exam PNM aku curi2 masa utk baca buku ni. Seronok ye bg aku n kakitgn perpustakaan setiap kali kami masuk keje pertama2 kami akn menghirup udara aura buku, harum... boleh memberi semangat kpd aku n the geng kat sini.

Dulu waktu zaman psekolah, cikgu sll ckp membaca jambatan Ilmu, masih tergia-gia lg kat telinga aku ni, terima kasih cikgu sbb sll beri yg terbaik utk kami, rindu ye kat cikgu2 aku, love my teacher always.

Buku yg kat gambo tu masih dlm proses pbacaan aku, sok kalu dah tamat baca, boleh aku syer ilmu aku tu dgn teman2, sabo ye...

Ok teman2 boleh cari buku ni kat lib n no klas buku2 ni

  • Nota Jutawan Nota Motivasi Irfan Khairi (158.1 Ir)
  • Pelita Jutawan Azizi Ali (332.024 Az)
  • Lahirnya seorang Jutawan (332.024 Az)

Bagi aku usaha tangga kejayaan, mahu jd jutawan kene berusaha bsungguh n sll ingat Allah SWT bertawakal padaNya yg Maha Esa n biarlah JUTAWAN tu dsini n dsana nanti...

Tempah Online

nie bhgian bwah tangan
nie corak balqis 7

nie, sapa lg aku dgn kisah baju kurung baru akulah, Alhamdullilah baju ini selamat sampai ke tgn aku, tgh hari td, tq pd abg posmen pos laju yg mhantar n big tq pada yana krn myiapkan baju aku ni n mgirimkn pd aku, kira mmg bpuas hati, kemas jahitan ye n mmg padan dgn badan aku sbb baju ni dtempah mlalui online saja tanpa contoh baju hanya ukuran aje.Bila tgk manik2 tu mmg cantik, kreatif betul yana ni, apa2 air tgn seni yana ni mmg bagus, moga yana success dlm bidang seni jahitan ni,
Pd teman2 yg nak menempah kat yana bolehlah gi sini http://dare2beads.blogspot.com


Semalam punye kisah

Semalam walaupn cuti aku n the geng kene turun ke hq sbb ade pjumpaan KESUKA n tandatgn AKU JANJI, btolak seawal 7.00am hingga dekat pkl 8.00 pm baru sampe umah.Mmg letih giler tp takpe semua dah settle, lega...

Tahniah pada Ajk2 br KESUKA, moga mjalankan tanggungjawab yg dberi dgn penuh dedikasi

Pada my huby thanks sbb jaga my sweet Soffi, mlm tu upah jaga Soffi belikanlah Sate hut 30 cucuk, bagi montel skt he he he

Pada geng aku yg dua org tu tahniahlah sbb dah bjaya mshoppingkn diri dgn jaya ye kat TESCO, sgbai drebar btauliah bw ajelah, sbb bukan sll he he he... layann habislah... almaklumlah baru dpt gaji, siap borong kasut lg masing2, aku plk tpaksa tahan diri sbb budget dah lari, nasib nasib...

Sabtu, 28 Mac 2009

Cara penyusunan buku di perpustakaan


Ok, kisah ye nak cite sikit ttg cara penyusunan buku drak, ialah kadang2 bila kami ptugas2 lib telah menyusun buku maka adalah tangan2 yg gatal dan jeles dgn susunan buku drak.

Aku tak cite lib lain, aku nak cite ttg lib aku yg satu ni, cara penyusunan buku dirak adalh pengikut prinsip pengkelasan dewey decimal.

Cara prinsip ini ialah dmana tajuk buku dklaskn mengikut nombor cth 000,100,200 dan seterusnya.Nak lebih faham jom baca cth kat bawah ni


Buku Karya Am dklaskan pd no 000

Buku Psikologi dklaskan pd no 150

Buku Seni & Sains rumahtangga dklaskan pd no 640


aku bg 3 cth, byk2 kn pening kepala plk, ok pklasan datas tu no besarla, bila teman2 msk lib teman2 phatikn yg kat label depan buku kat bawah yg tertampal warna putih tu, itulah pengklasan sesebuah buku.

Bg kami ptugas kat lib kami mmg dwajibkan menyusun buku mengikut susunan yg tertib, bermaksud bila buku tersebut adalah buku Psikologi cth ye 150Kh, 150Ro, 150.1943Pu, 150.882971Ma, 152.4Eq kene ikut betul-betul no kecil dkiri n besar dsebelah kanan, sbb tulisan Roman bmula dr kiri ke kanan betul tak?123456789 lihat no paling kecil iaitu no 1 kat sebelah kiri kn, ok tu bab penyusunan , mengapa kami perlu menyusun buku drak mengikut prinsip ni, cuba bayangkn kalu teman2 masuk lib n nak cari buku ttg Psikologi @ motivasi, teman2 pun tanya kat staf lib dkaunter 'saya nak carilah buku Psikologi, kat mana ye buku ni', so staf tu akan ckp lebih kurang mcm inilah, 'Pn boleh cari drak 150, rak tu ade kat bahagian dewasa'. Ok tulah sbb kenapa buku drak lib kene dsusun teratur, kemas dan mengikut prinsip pengkelasan dewey decimal. Cuba teman2 bayangkan bila masuk lib buku2 yg ade kat lib tu tak tersusun org kata main suka nak letaklah, mana2 pun boleh, bukankah menyusahkan kita kene cari satu persatu utk mendapatkn apa yg kita nak, betul tak? so fikir-fikirkanlah...


Cinta ini


Sejauh mana kita mencintai Nabi kita Nabi Muhammad SWT. Teman-teman bagaimana? Semalam aku dan shima(rkn skerja aku) pegi ke library K/Selangor utk menghadiri Majlis sempena Maulidur Rasul (Nabi Muhammad SWT). Penceramah Ustaz Muhammad Nur, ustaz ni bila kita pandang wajah ye mmg bersih menggambarkan cahaya iman terselah diaura wajah ye.
Aku nak kongsikn apa yg aku dpt dgn kisah aku yg satu ni...antara yg masih terlekat kat minda aku ni ialah
  • Rasul ni adalah cahaya (Rasul takde bayang2)
  • Wajah rasul bila kita pandang kita akn kasih pd Rasul
  • Kita btuah sbb kita Umat Nabi Muhammad SWT di akhir zaman
  • Rasul sgt sayang akan umatnya
  • Rasul walaupun org buat zalim padanya dia tak akan menzalimi org yg menzaliminya
  • Hati Rasul penuh kasih dan sayang

Minta maaf , sebenarnya terlalu byk yg aku dpt bila mendengar ttg kehebatan Rasul kita Nabi Muhammad SWT, tp bila aku mula bcerita ttg Rasul , air mata aku akan gugur sbb aku sgt sgt sgt sedih sbb aku rindu akan cinta aku yg satu ni, CINTA pd Rasul. Duluw seawal usia aku 9 thn setelah minda aku ni Allah SWT kurniakn apa itu pengertian kematian aku sll takut akn kehilangan kedua ibubapa aku.Mampukah aku utk meneruskan kehidupan mendatang tanpa mereka berdua disisi...Sebelum tido aku akan pandang bilik mak dgn abah n terus aku sll ingat akan kasih sayang Rasul, walaupun aku tak pernah jumpa Rasul tp kasih sayang Rasul sll melingkari dlm kehidupan aku, Setiap mlm aku rasa Rasul akan memandang aku dgn penuh kasih sayang (air mata ni deras mengalir jika aku mula bcerita ttg Rasul) bila aku membaca ttg kisah Rasul yg bjuang utk menyebarkn syiar Islam aku rasa betapa Rasul sgt sgt sgt tabah mengharunginya. Pernah aku tbaca kalu aku tak silap ade kisah Rasul dmana Rasul bjalan dsatu tpt tanpa menggunkn pelapik tapak kaki(kasut) ke satu tpt utk mperjuangkn syiar Islam dan dibaling batu hingga bdarah kaki n kepala Rasul, Ya Allah betapa aku sgt sgt sgt sedih, mengalir air mata ni jika aku dberi peluang ingin sekali aku mengantikn tempat Rasul biarlah aku yg merasa sakitnya(bkn membanggakn diri tp itu perasaan aku org lain aku tak tahu) Sukar utk djelaskan perasaan ni ttg CINTA aku pd Rasul, kadang2 aku mkn nasi bila teringatkn Rasul aku akn rasa sedih, Aku malu sebenarnya sbb aku masih byk kekurangan diri yg perlu dperbaiki utk menjd umat Nabi Muhammad SWT yg baik. Aku tetap aku dgn kisah aku, mohon Allah SWT senantiasa memberi aku sifat merendah diri dan tidak menyombong diri dan senantiasa ingatkn diri aku bahawa Allah SWT TUHAN yg menciptakn Alam semesta dan seisi Alam dan Nabi Muhammad SWT itu Kekasih Allah SWT.

Aku menulis utk sll ingat kisah aku akan aku bawa ke alam abadi kelak...

kisah 8.30 hingga 9.00 mlm nie

Mari ramai2 kita menyokong kempen earth hour (antara langkah2 utk selamatkn bumi kita) Jom padamkan lampu, he he he harap semua boleh menyokong kempen ni, tak pun minta pak tnb tutup suiz letrik utk kita ha ha ha satu kampung aku bergelap...

ok lah bsama kita senantiasa mdoakan yg terbaik utk bumi yg kita cintai ni...I luv BUMI

Jumaat, 27 Mac 2009

Award pertamaku dr my sweet Jua



Terima Kasih ye Jua, sbb always remember me, tharu ye... tak tahu nak ckp ape... just I want U know I always prayer for U, n hope dream come true... Insya Allah...

Khamis, 26 Mac 2009

Ilham sudah mari...




10 sebab mengapa si dia comel di mata aku ialah:-


  • Dia comel sbb dia sahabat aku

  • Dia comel sbb dia cinta aku

  • Dia comel sbb dia kegembiraan aku

  • Dia comel sbb dia beri keluarga bahagia pd aku

  • Dia comel sbb dia adalah mimpi2 indahku

  • Dia comel sbb dia harapan aku utk ksyurga nanti

  • Dia comel sbb dia pilih aku sebagai ratuhati ye

  • Dia comel sbb dia punya suara yg boleh buat aku jatuh cinta

  • Dia comel sbb dia adalah Adam ku y aku tunggu selama 23 thn...


tu la 10 sbb antara bjuta sbb mengapa dia comel dmata aku dia adalah insan paling aku kasih sekrg, dia semesti ye suami aku(Bee luv u forever)


Panggilan manja suami aku bee, sbb anak aku panggil dia Abi , he he he...


ok la tu aje Ilham yg telah aku dpt lepas solat asar td... pd Jua harap senyum bila baca...


Aku dtag



Tag dr Jua,


Anda di tagged utk menjawab 10 sbb mengapa si dia comel dimata anda! he he he... Boleh pilih si dia itu suami, kekasih hati @ sabahat sejati.
Tgh cari Ilham, sabo ye Jua, maklumlah pertama kali dpt tag he he he

Aku sedang belajo ...

Ada dua cara memasukkan foto melalui blogger.com.

CARA PERTAMA adalah seperti:-Upload foto anda diposting blog. ikut langkah berikut:a. Setelah login, klik link blog anda.b. Klik menu "posting" atau "create"c. Di toolbar posting ada satu gambar berwarna biru, klik dan akan muncul satu popup window untuk "upload images"d. Klik browse ke file gambar yang anda sudah simpan di pce. Klik upload Image warna biru (tunggu beberapa saat sampai proses mengupload selesaif. Klik "Done"g. Sekarang anda boleh memasukkab gambar ke posting anda. Klik menu "Edit HTML" di toolbar posting di bahagian atas sekali sebelah kanan.h. setelah klik anda akan mendapat kode HTML disitu. Copy/pase kode yang berada setelah tulisan [src="] iaitu link yang dimulai dengan [http://] dan berakhir dengan [.jpg] atau [.jpeg]i. Simpan link tersebut di notepad atau tulis sahaja di kertas.j. Klik publishk. Klik menu "Edit Profile"l. Di situ ada menu "photo URL", paste link gambar anda tadi ke kotak yang tersediam. klik "Save Profile" di bahagian bawah sekalin. Selesai.

CARA KEDUA
Cara kedua adalah dengan mengupload (memasukkan/menyimpan) gambar anda dihosting lain, dan kemudia baru link URL foto tersebut, hanya mengcopy/pase ke profile blogger/blogspot.Yang paling mudah, simpan/upload gambar anda di http://geocities.com, kerana hosting ini adalah milik yahoo.com, Jadi sesiapa sahaja memiliki email yahoo terus boleh login ke geocities.com dengan hanya menggunakan iD yahoo anda.Contohnya file gambar anda adalah coklatyummy.jpg dan email ID anda coklatstrawberry9. Maka, setelah gambar tersebut diupload ke geocities, link URL anda akan menjadi seperti berikut: http://geocities.com/coklatstrawberry9/coklatyummy. seterusnya copy/paste link tersebut ke profile blogger.com di ruangan tersedia dan seterusnya klik "Save Changes dan republish."

Diambik atas ehsan mentor aku cikgu Yanie

Kereta mahal vs kereta murah


Oklah, hr ni nak kisahkn ttg kisah kereta, pg td dlm pejalanan nak pegi ke lib(tpt keje akulah, tiap2 hr aku pegi lib he he) aku pandulah kete kancil aku yg seposen ni, pandu dgn cermatlah konon2 ye, aku sll bila pandu kete aku lebih suka ikut lorong yg belah kiri(yg tak lajulah) had kelajuan aku 80km(laju ke aku ni) tiba2 adelah kete yg seratus ribu ni memotong dgn selamba memakan lorong aku, aku apalg terkejut dan terpaksalah ketepi sikit, nasib takde moto kalu tak, al acidentlah kami ni, mmg ade jugak rasa nak marah, yelah walaupun kete aku tu taklah semahal kete yg seratus ribu tu, aku lebih suka senantiasa mengingatkan diri aku sendiri bahawa, mahal ke, murah ke sebuah kete tu tetap ade persamaan ye, nak tahu, semahal mana pun kete, dia akan tetap bhenti kalu kehabisan minyak petrol n akan berhenti kalu lampu merah(kalu x bhenti tu ambulan dlm kecemasan @ melanggar undang2 jln raya) lg satu yg selalu sgt sgt sgt aku ingatkan dlm hati n jiwa aku, bila mati kete mahal ke kete murah ke kita akan naik kete jenazah jugak, so fikir fikir kan lah, jgnlah sombong ddunia ini krn yg abadi adalah dsana nanti...
Aku tak kisah org nak beli kete mahal ke sederhana ke murah ke pelbagai jenama ke aku tak kisah sbb aku bersyukur dgn apa yg aku ade kini, yg penting bila hujan aku tak basah, bila panas aku boleh hidupkn aircond n mudah aku nak ke sana sini sinun....Jom jln2 naik kancilku...kancil sebijak anda... wah kelas gituw...

Wajah penyejuk hati ummi












Inilah wajah bila aku pandang rasa damai aje, penat mcm mana, sakit mcm mana aku akan punya kekuatan jika memandang wajah ini, moga Allah senantiasa mengasihi permata hatiku dan berbahagia hidup ddunia hingga ke Akhirat. Amin.



Rabu, 25 Mac 2009

Terima buku baru













Ok, nak cite hr ni lib aku terima buku baru danggarkan nilai semua buku ni adalah dlm 2ribu+++ sbb buku org tak pandangkn tp kami yg btugas dlib senantiasa menghargai buku, buku teman hidupku...bkn nak cite pasal nilai, tp nak cite ttg tugas kami yg satu ni, bila dah terima buku baru ni apalg kami mesti siapkan hr ni jugak sbb tak mahu bertangguh sbb bila buku ni dah dletakkan drak pengguna boleh pinjam dan baca sbb keutamaan kami memberi perkhidmatan yg terbaik utk masyarakat n pengguna(boleh dpt khidmat cemerlang ni he he he...) so sambil-sambil buat keje tu rembatlah jugak 3 novel utk bacaan sendiri walaupun senantiasa sibuk, masih ade ruang utk membaca, baca hingga keakhir hayat... ok layan gambo yg ade ni sebenarnya masih byk gambo lg tunggu ye, akan aku citekn satu persatu , thn depan pun tak habis cite ni he he he...


Mandi manda

video saat indah bcuti di Teluk Kemang Pd, Jutaan terima kasih pada suami tercinta krn bw kami anak beranak bjalan, lain kali boleh bw lg, jom layannn video ni....

Air tangan mak aku

















Ni la mak kesayangan aku, ni mak tgh sediakan kerabu kesukaan aku, mmg menyiurkanlah, sedap almaklumlah tangan mak yg buat, apa lagi layann mkn lah...



Selasa, 24 Mac 2009

Apa aku buat hari ini

Selain rutin wajib kat library ni, hari ni aku cari bahan rujukan utk peperiksaan utk pembantu perpustakaan, berpandukan kpd sukatan ini...


SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI
PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
DI JABATAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

1. Tarikh Sukatan Peperiksaan
diluluskan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam: 1 April 1993

2. Matlamat Sukatan: Bagi membolehkan pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan mengetahui pengetahuan asas mengenai Perintah-perintah dan Arahan-arahan yang berkaitan
dengan pentadbiran yang secara lansung atau tidak lansung berkaitan dengan kerja-kerja
pegawai berkenaan.

3. Tujuan Peperiksaan: i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Perpustakaan lantikan terus

4. Pegawai yang layak mengambil
Peperiksaan:
i. Pembantu Perpustakaan yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

5. Sukatan Peperiksaan: (termasuk masa dan soalan)

SUBJEK UTAMA
BAHAGIAN I - PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN

Soalan-soalan akan ditanya kepada calon-calon berdasarkan kepada
perkara-perkara berikut:
a. Perintah Am Bab A
I. Syarat-syarat am lantikan dan perkhidmatan.
III. Tempoh percubaan dan perlanjutannya.
V. Pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam perjawatan
berpencen.
VIII. Penamatan kerja dan notis berhenti kerja.
2
b. Perintah Am Bab C
II. Cuti yang diberi kerana perkhidmatan.
VI. Cuti tidak berekod.
c. Perintah Am Bab D
I. Permulaan (Sek. 1 – 22)
IV. Hukuman (Sek. 36)
d. Perintah Am Bab F
I. Rawatan perubatan untuk pegawai-pegawai.
e. Perintah Am Bab G
I. Waktu Bekerja Pejabat.
f. Arahan Perkhidmatan
Bab I - Jabatan dan Organisasi
Bab III - Surat Menyurat
Bab IV - Fail Menfail
g. Arahan Perbendaharaan
Bab B - Acara Pengakuan
I. Mengawal terimaan dan bayaran dan menyimpan wang awam
i. Am
ii. Terimaan
vi. Cek dan Draf
vii. Peti Besi

Soalan : 60 (Aneka Pilihan)
Masa : Masa 1 ½ jam
Calon-calon dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan

3
BAHAGIAN II – UJIAN MENAIP
Kederasan hendaklah tidak kurang dari 18 p.s.m. Ujian ini dijalankan
mengikut peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Buku Panduan
Ujian Menaip yang dikeluarkan oleh Lembaga Perkhidmatan Awam.

SUBJEK JABATAN
BAHAGIAN III – ASAS ILMU PERPUSTAKAAN
Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan
kepada perkara-perkara berikut:
a. Prinsip-prinsip Am Ilmu Perpustakaan.
b. Perkembangan Perpustakaan di Malaysia
c. Jenis-jenis Perpustakaan dan Perkhidmatan-Perkhidmatan
Perpustakaan.
d. Cara-cara perolehan serta memproses bahan-bahan perpustakaan.
e. Penyelenggaraan Koleksi.
Soalan
Masa
::
8 Jawab 4 (Esei)
2 ½ jam
Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan
BAHAGIAN IV – TEKNIK ASAS PENYELENGGARAAN PERPUSTAKAAN
Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan
kepada perkara-perkara berikut:
a. Peraturan Asas Mengkatalog Buku.
b. Sistem Pengkelasan Dewey.
c. Menfail Kad Katalog.
d. Pengenalan kepada sumber-sumber rujukan.
e. Sistem Pinjaman bahan-bahan perpustakaan.
4
Soalan : 8 jawab 5 (Esei)
Masa : 2 ½ jam
Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan
BAHAGIAN V - PERUNDANGAN YANG BERKAITAN DENGAN
PERPUSTAKAAN
Soalan-soalan yang ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan
kepada perkara-perkara berikut:
a. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
b. (i) Akta Perpustakaan Negara, 1972.
(ii) Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1972.
c. Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara 1977.
d. Enakmen Perpustakaan Awam Negeri.
Soalan : 7 jawab 4 (Esei)
Masa : 1 ½ jam
Calon-calon dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan.
6. Pengecualian Calon-calon yang lulus mana-mana
bahagian adalah dikecualikan daripada
mengambil bahagian tersebut sekali lagi.
7. Keputusan: LULUS/KANDAS
8. Pemeriksa akan ditetapkan oleh: i. Bahagian I & II – Panel Subjek
Jabatan, Jabatan Perpustakaan
Negara Malaysia
ii. Bahagian III, IV, & V – Panel
Subjek Jabatan, Jabatan
Perpustakaan Negara Malaysia
9. Bahasa:
(Soalan & Jawapan)
Bahasa Malaysia
10. Permohonan dikemukakan kepada: i. Bahagian I & II – Urusetia
5
Peperiksaan, Jabatan
Perkhidmatan Awam, Malaysia.
ii. Bahagian III, IV, & V – Urusetia
Peperiksaan, Jabatan
Perpustakaan Negara Malaysia.
11. Pusat Peperiksaan akan ditetapkan
oleh:
i. Bahagian I & II – Urusetia
Peperiksaan, Jabatan
Perkhidmatan Awam, Malaysia
ii. Bahagian III, IV & V – Urusetia
Peperiksaan, Jabatan
Perpustakaan Negara Malaysia
12. Keseringan Peperiksaan: 2 kali setahun.
13. Tarikh akhir mengemukakan
permohonan:
i. Bahagian I & II – 1 ½ bulan
sebelum tarikh peperiksaan.
ii. Bahagian III, IV & V – 1 bulan
sebelum tarikh peperiksaan
Senarai bahan-bahan bacaan:
Bahagian I:
i. Perintah-perintah Am, Arahan Perkhidmatan dan Arahan
Perbendaharaan
Bahagian III & IV:
i. ATMA Singh - Katalog Mengkatalog untuk perpustakaan
sekolah/Atma Singh (dan) Wng Kim Siong, Kuala Lumpur : Fajar
Bakti, 1981
ii. BLOOMBERG, Mary – Introduction to technical services for library
technicians. 4th ed. Littleton, Colorado: Libraries Unlimited, 1981
iii. HARRISON, Kenneth Cecil – First steps in librarianship: a students
guide. 4th ed. London: Gower, 1980
iv. MAT Jizat Abdul – Cara-cara mengkelaskan buku-buku
perpustakaan. 2nd ed. Melaka : Penerbitan Abbas Bandung, 1978
6
v. MAT Jizat – Panduan mengurus perpustakaan, pemilihan, pesanan,
peruntukan kewangan dan pengkatalogan. Kuala Lumpur : Estern
University Press, 1983
vi. MCCLOVIN, Linel R. – Perkhidmatan perpustakaan awam untuk
kanak-kanak, Kuala Lumpur : DBP, 1983
vii. MURISON, W.J. – Public Library : it’s origins, purpose and
significance. 2nd ed. London : Harrap, 1971
viii. PERATURAN-PERATURAN ALA – untuk memfail kad-kad katalog.
Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia, 1978
ix. SIMANJUNTAK, S. Hasnah – Pengkatalogan dan pengkelasan
bahan-bahan pustaka. Selangor : Biroteks, 1984
x. WAN ALI Hj. Wan Mamat – Pemeliharaan buku dan manuskrip.
Kuala Lumpur : DBP 1988
Bahagian V:
i. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
ii. Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987.
iii. Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara 1977.
iv. Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran) (Pindaan)
1986.
v. Enakmen Perpustakaan Awam Negeri (salah satu negeri)

Ni tgh dok pening mencari maklumat/bahan nak menjawab soalan esei, kene pegi periksa ni 27/28 April 09 kat PNM kot, walaupun aku sendiri dok kat library tp masih ketandusan idea mcm mana nak cari, masih perlu perbaiki diri...n tambahkan ilmu didada... cari jgn tak cari... bukan mudah menjawat jawatan pembantu perpustakaan ni... cabaran... cabaran...yg penting hidup tanpa cabaran umpama pokok tanpa daun he he he gondol...lawak je ok hilangkan tension, so inilah kisah aku hari ni...

Terima Kasih



Dari Jua, mekacih jua krn ingat kat akak, moga jua akan dmurahkan rezeki utk mendapat apa-apa juga impian diidamkan.Luv Jua always...

Isnin, 23 Mac 2009

Cuti Sekolah















Ini hari pertama masa bcuti kat Teluk Kemang, PD, huby tempah bilik kat Bayu beach resort dan bilik ni betul - betul menghadap ke laut, best ye...masih ade lg kisah ttg pcutian ini, tunggu...

Tempah baju


Ni baju yg aku tempah dgn tasya rakan maya aku, beli dan tempah online. Mudah kan, teruja ye, sbb pertama kali buat baju ade sulam meyulam ni, apa-apa pun berbanyak terima kasih pd tasya kerana btungkus lumus membuat baju akak ni, lain kali boleh order lg...

Jumaat, 20 Mac 2009

Salam Takziah

Kisah sedih ni aku terima semalam, baru saja bkesempatan utk aku catatkn dsini, rasa mcm mimpi aje bila ketua aku En Khairul call dan mengkabarkan pengarah aku dulu En Mohdi B. Darim telah kembali kepada PenciptaNya. Aku tak mahu cite panjang dsini sbb masih lg terasa terkejut dgn berita ini, akan aku kisahkan pengarah aku ini dlain waktu, Alfatihah...

Khamis, 19 Mac 2009

Kisah aku yg satu ini

Gambo ini dambil waktu aku n suami bw adk aku(xde dlm gambo jd jrufoto) n anak buah belah suami ke the lost of Tambun. Sonok masa ni, maklumlah cuti sekolah, mmg enjoy gilerla, tp dsebalik kgembiraan ini ade terselit kisah yg sgt menarik, mmg teruja lah nak cite.
Dsini bmula , waktu aku pegi tpt ni aku mmg sudah lewat dtg period tp aku buat2 selamba sbb selama hampir 3 thn penantian aku sll kecewa sbb bila period lmbt mmg aku akn cepat2 beli test pregnant, maklumlah mmg nak sgt baby, mgkn sbb aku pun malas nak layan perasaan aku so aku buat tak reti aje masa pegi kat tambun ni, so aku pun main semua game yg ade kat situ, sbln lps ke tambun ni mmg badan aku rasa letih smcm aje, asal nampak bantal mesti nak tido he he he, masa ni kwn kerja aku dok risau nape akak aku yg sorg ni, atas sokongan dia la aku dgn berat hati pegi buat pregnant test dan scann kat klinik dan penantian aku selama 3 thn berakhir jua, sgt2 gembira dgn berita itu n bersyukur sgt sbb Allah SWT bg anugerah yg sgt bharga ini, semua yg berlaku adalah atas kekuasaan Allah SWT, walaupun aku hamil dawal 2mggu aku begitu lasak sekali (masa aku kat tambun tu aku hamil 2mggu) tp bila Allah SWT kata jadi maka jadilah, Alhamdullilah kini aku bahagia dsamping suamiku dan permata hatiku Soffiyyah.

Rabu, 18 Mac 2009

Library aku punya alkisah


Ok, nak cite sikit ttg tpt keje aku ni, ni la tpt dmana aku mcari rezeki, alhamdullilah. bcite bab keje ni, org sll kata keje lib senang duduk aje, he he he , sedap ye mulut mereka bkata2, nak tahu meh aku nak kabo kan apa keje aku setiap hr, dtg keje pkl 8.30 am @ 9.00 am, mula2 kene pastikan pintu lib terbukalah he he he, kalu tak tbuka mcm mana pengguna nak masuk kan, lepas tu pastikan kaunter hadapan @ kaunter pendaftaran ontime mesra pengguna, perkara wajib bg aku dan 2 rakan aku ialah susun buku yg sbyk 11 ribu naskah lebih tu, bayangkanlah ye, kene susun setiap hari, selesai bab ni aku kenelah pegi ke kaunter khidmat masyarakat(kaunter ni aku yg kene jaga) keje kat kaunter ni aku kene update kan semua tentang buku rujukan, risalah2, koleksi akta, koleksi selangor, keratan akhbar (12 tajuk x 3 surat khabar). Setiap bulan aku kene buat pameran buku baru yg terpilih dan membuat pameran isu semasa dan tajuk2 khas, dari keje kaunter ni aku akan pegi pulak ke bahagian bilik ICT USP(tp skrg komputer rosak jd rehat sktlah) lps tu aku kene tgk keje2 pejabat kene failkan apa2 yg patut cth bil2, surat myurat, rekod staff, dah selesai keje pejabat aku kene jengguk-jengguklah jugak 2 teman kerja aku yg kat kaunter utama tu, kot2 dua2 ye nak ke ladies ke he he he... selain itu keje aku adalah membuat aktiviti bsama pengguna setiap bulan, mempromosikan library aku kpd masyrakat dan meningkatkan statistik keahlian(target 60 org sbln, ni pun jenuh jugk nak dpt) statistik pinjaman dan pengunjung.Aku juga kene melaporkan sbrg kerosakan yg ade kat lib ni. Keje aku paling rumit ialah memberi khidmat taklimat @ penerangan perkhidmatan perpustakaan kpd pelawat(bab ni yg paling aku lemah sekali) sebenar ye byk lg nak aku katakan ttg keje ni Insy Allah akan ade sambungan ye, masa tak mengizinkan sbb keje aku dah tunggu aku lama dah tu, dtakuti bos dtg nanti buat spotcheck keje tak siap, alamat ye dptlah aku 1 @ 2 das he he he ok jumpe lg

Hari ni kisahku asyik dgn memekapkan blog aku yg satu ni, lepas aje susun buku -buku dan buat kerja-kerja wajib aku kat library aku pun memulakan operasi mekap-memekap ni. Mula-mula tu rasa mcm nak menangis jugaklah sbb aku tak dpt nak masukkan templat yg aku inginkan, jenuh jugak masuk sini sana sinun...nak tanya cikgu yanie dia pegi sauna(xnaklah ganggu kecian kat cikgu aku tu ), aku pun menumpang kasih kat my little sweet Zura @ nama manja je Jua, he he he... so apa yg ade kat blog aku sekrg tu la hasil ye... kira ni tunjuk wajah gembiralah ni, mgkn sbb aircord kat library aku dah pulih agak ye, dgn suasana yg sejuk ini minda aku dpt berfungsi sepenuh ye, apa2 pun big thank 2 my sweet cikgu Yanie & Jua. I Luv 2 U...Dan Alhamdullilah kerana Allah SWT memudahkan urusan aku hari ini.Yang baik dtg ye dari Allah SWT dan yg buruk itu dtg ye dari saya sendiri yg byk kelemahan ye.

Selasa, 17 Mac 2009

Selamat Datang


Hari ni aku bertungkus lumus untuk membuat blog terbaru aku dengan blogspot ni, memang memeningkan sekali sebab aku tak biasa lg dgn blogspot ni, sll ye aku lebih selesa dgn wordpress, hasil tunjuk ajar dari rakan baru ku yanie, nilah hasil ye. Sebenarnya aku masih belum berpuas hati lg dgn blog terbaru aku ini , Insya Allah akan aku canggih kn dr semasa ke semasa hingga jd seperti blog-blog yg lain.
Harap mendapat sokongan dari teman-temanku semua...