Khamis, 30 April 2009

Zoo Negara







Sapa pernah pegi zoo negara. Aku pernah pegi tapi thn 1984. Lama dah, masa tu aku sekolah tadika, cikguw yg bawak, naik bas, sonok sgt. Rindu ye nk tgk penginap2 tetap kat sana.
Memang teringin nak pegi zoo, ade jugakla merengek2 kat huby tapi huby buzy, nak buat mcm mana kn, so Tuhan punya kuasa, lepas exam semalam, aku yg sepatutnya tumpang kak hana, terpaksa tumpang kete dgn kwn lib lain sbb kete kak hana rosak (dugaan) dgn tak disangka2 (hikmah dsebalik kete rosak) dia ade urusan kat area zoo negara, so kwn lib aku ni pun ajaklah jengguk2 sedara dia kat zoo, he he he, senang ckp nak melepaskan perasaan kot, diala aku idakla, lg aku suka tgk2 haiwan kt situ, kalu dpt bawa soffi lg best.
Kat zoo tu aku tgk ade kura2 yg besar , agak ye time aku melawat th 86 tu kura2 tu dah ade kot, ingat kura2 tu pun tkejut tengok aku sbb ketinggian aku dah mencecah 169cm, mana mana tak tkejut duluw kecik lg skrg dah jd mak budak he he he
Apa2 pun mmg seronok sgt dpt pegi zoo, rasa2 mcm dah jd budak kecik kembali, sonok dpt tgk gajah, harimau, ular, tikus terbesar, zirafah, badak, bangau,kura2, kucing hutan n lain2 yg terlalulah byk ye sampe tak ingat.

Pada teman2, cuti sekolah dah nak dekat kn, so bawa2 la anak2 ke zoo boleh belajar ttg byk haiwan, mana tahu kot2 tjumpe aku sekali kat situ, tegur2 la, org kata muka aku ni mcm sombong tp peramah tau kalu dah kenal. Biasala kn.
Jom ke Zoo Negara, bersama memelihara khazanah alam untuk tatapan generasi akan datang, Insya Allah.






Tag dari kak Fizan


Kak fizan antara mentor blogku, suka sgt gi blog dia, sbb aku rasa kak fizan ni kreatif sgt, sentuhan tangannya membuatkan aku terpukau, berseni sgt, lps tu pandai memasak pulak tu, mmg jeles sgt, teringin jugak nk jd mcm kak fizan ni, tp bab pegang jarum jahit ke, sulam kew aku mudah bosan (alasan lg) cuma aku mmg suka membaca n mengumpul setem, tu aje hobi aku dari kecik sampai tuo ni. Sedang berusaha kearah yg lebih baik lg. Hari tu aku ade utang tag dgn kak fizan ni, ok kak , hari ni baru ain jawab selepas jenuh jugakla buka kamus tutup kamus he he he... ok layan tag...
Tag tersebut:
Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.
He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
- Buletin Utama (tiap2 hr tgk kalu mis pun outstation)
You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
- alamak, dia tak mkn salad la, keturunan jawa katakn he he he dia mkn belacan tak mkn keju huhuhu
What’s one food he doesn’t like?
Dia tak suka mkn kek n yg ade unsur2 kemanisan terlampau
You go out to eat and have a drink. What does he order?
Air Suam n air panas teh o @ teh tarik(kurang manis) n air tembikai
Where did he go to high school?
Open Universiti Malaysia (OUM)
What size shoes does he wear?
6/7
What is his favorite type of sandwich
tuna + sardin + telur
What would this person eat every day if he could?
Nasi
What is his favorite cereal?
Tak ada
What would he never wear?
- seluar pendek (kalu keluar umahla, nanti aku bg jelingan maut, wei tu lutut aku aje boleh tgk tau, org lain minta maafla ye he he he)
What is his favorite sports team?
-dulu suka main sepak takraw skrg rasa2 ye takde kot lebih ke sawah bendang aje tanam padi.
Who did he vote for?
- Tahu tapi undi tu kn rahsia so biarla rahsia...
Who is his best friend?
- baik dgn semua tp ramai kenalan ye org penang , kedah n kelantan, nape jgn tanye sbb aku sendiri pun tak tahu huhuhu
What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
- Apa ye, bab ni kene termenung dulu, ade kew? rasa2 takde kot.
What is his heritage?
- Dlm surat beranak melayu tp keturunan jawa + jawa
What is his favorite colour?
- Semesti ye la warna hijau, tp baju byk warna biru ha ha ha
What is his habit?
-Dia ni hantu komputer, bahagian teknikal n boleh dkatakn mekanik komputerla , kalu komputer rosak tak tido mlm pun takpe, sabo ajela
What is he proud off?
-Mestila he parent
Lastly, do you think he will read this?
- Rasa2 ye tak kot sbb dia buzy dgn study n komputer n anak murid n sawah bendang yew, aku berblog pun sbb sokongan teman2, dia huhuhu, baik tak usah citela yew, nangis kn.....
I want to tag all the wifey below :
1. Yanmie
2.Jua
3.Adex
4.Ieda
5.Honey
6.Azliena
7.Lieya Shayuk
8.Niza
9.Pada sapa2 yg sudi he he he
Buat ye jgn tak buat...
Pada kak fizan, lepas baca harap senyum yew, ni pun berpeluh2 jugak ni, huhuhu mmg kene byk kn baca buku bi la pulak lps ni he he he gurau aje...

Selesai


Alhamdullilah, selamat sudah aku dgn kisah peperiksaan subjek jabatan di bawah Perpustakaan Negara Malaysia aku duduki. Sebab nama pun periksa kn, so takdela aku nk ambik gambo dlm dewan periksa yg ade cume gambo aku lah dipagi pertama periksa. Muka serius aje tu, faham2 ajela ye.


Bahagian III rasa2 bolehla, Tawakal aje pada yg Maha Esa, cume bahagian IV , kepala ku pusing la, tu bahagian katalog tp tetap berusaha utk menjawab soalan walaupun susah jawab ajela, bahagian V best sikit sbb dbekalkan nota, kn bagus kalu semua periksa mcm tu he he he, bahagian V tu periksa akta, cuma jenuh nak menulis la, tp sempat jugakla jawab semua soalan.
Moga aku n semua yg ambik periksa hari tu lulus, tak cemerlang pun tak ape, janji lulus takla nak susah2 lg pegi sana. Amin.

Sabtu, 25 April 2009

Tawakal







Ni la antara bahan2 bacaan yg aku baca utk peperiksaan pnm aku. Dari lembaran ke lembaran aku jelajahi utk mengambil isi2 penting utk aku rekodkn dminda ku ni. Betul la org kata, bila dah tuo ni (perasan tuo la tu) tahap penyerapan di otak agak sedikit. Tp yg penting tetap berusaha jugak selebihnya aku pasrah n

tawakal pd Allah SWT.

Sebagaimana dulu aku pasrah n tawakal pd Allah SWT utk mendapatkn zuriat begini jugak yg aku lakukan utk semua kisah2 hidupku. Usaha, doa n tawakal.

Pada teman2 ku semua, aku mohon doa kalian utk mengiringi perjuangan aku dlm medan peperiksaan ni. Doakan agar aku bjaya lulus semua paper ye. Allah SWT saja yg akan membalas segala doa2 kalian utk ku.

Jumpa lg hari rabu 29 April ni, pd kak fizan tunggu ye tag tu terpaksa dsimpan dulu sbb kene cari kamusla Bi ain dah la A1.

Ok, salam teramat sayang utk semua jumpe lg... daa...

Kisah Soffi















Ni la wajah terbaru soffi dgn batal bucuk dia, pegi mana pun bawak, sampe ke Indon pun bawak, sabo sabo...
Tu la kisah cahaya mata ku yg satu ni, manja terlebih maklumla sorang.

Tahniah



Alhamdullilah, Faizah rakan sekerjaku selamat mlahirkn cahaya mata ke 3 pd 23 April 09. Jeles ye... takpe usaha tangga kejayaan he he he, ape2 pun selamat bpantang n bcuti pd faiz, tahniah ye lps ni boleh tambah lg he he he...

Name baby gurl Izznur Assyifaa

Khamis, 23 April 2009

Diet A


Pagi td sedang lekanya menyusun buku di rak aku terjumpala buku ni. Dalam hati bagus buku ni sbb aku mmg dlm golongan darah A, sama ada A + @ A- tu tak berape pasti rasa2 mcm A- sbb aku mmg byk alahan.
Memandangkan aku dlm proses mendietkn diri rasa2 byk ilmu yg boleh aku ambil.
Sebenarnya buku ni ada dlm siri semua golongan darah dari A, B, AB dan O.
Pada teman2 yg sedang berdiet bolehlah cuba2 baca buku ni, nak cari buku ni kat library senang aje, buku ni boleh dicari di rak 613.2 Su . Buku ni boleh dipinjam tak usah risau tp kene jadi ahli library dulu la ye.
Rasanya kalu tak kongsi isi kandungan buku ni mcm tak sahla, ok Bab 2 m/s 11
Kajian Dr. Peter D'Adamo mendapati, golongan darah A sesuai mengambil makanan yg mengandungi karbohidrat tinggi n berlemak rendah. Contohnya, buah-buahan n sayur-sayuran. Hal ini krn golongan darah A mudah dijakiti penyakit diabetis, jantung n kanser. Daya tahan penyakit golongan darah A tidak setanding dgn golongan darah O.
Pengambilan makanan yg sesuai menyebabkan golongan darah A memiliki lemak lebih rendah berbanding paras normal. Faktor tinggi-rendah lemak ini berkait rapat mikroorganisma dlm sistem pencernaan.
Golongan darah A mengandungi bentuk darah yg konsisten. Akibatnya, darah kelihatan lambat mengalir dan berlaku penumpukan kotoran pd dinding arteri. Hal ini menyebabkan golongan ini berisiko tinggi mendapat serangan penyakit anemia, hati, hempedu, jantung, kanser dan stroke. Golongan darah A dianggap gagal mengatasi tekanan disebabkn imunisasi sel rendah.
m/s 12 - Golongan darah A disarankan mengambil makanan yg mudah dicerna seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan telur. Kuantiti makanan laut dan daging diambil pd kadar yg sedikit.
Ok, tu aje yg dpt aku kongsikn kat sini, nak tahu lebih lanjut pegi library ye, he he he....
Sekadar berkongsi kisah ini , aku memiliki darah golongan A n huby memiliki darah golongan B.
Allah SWT itu Maha Kaya. Setiap pasangan memiliki keunikan ye tersendiri. Itula keunikan aku n huby, walaupun berbeza golongan darah jika sudah suratan takdir mmg jodoh kami, maka bertemula jua.
Apa2 pun SIHAT SEPANJANG HAYAT AMALAN KITA BERSAMA.

Rabu, 22 April 2009

Kisah wallpaper aku



Tag dari Jua( Harap senyum bila baca)

1)Anda perlu printscreen wallpaper anda yg tengah guna sekarang, jgn tipu2 ek x suka

2)Bagitahu nape anda suka wallpaper ni

3)Tag 10 Org


So ni la wallpaper screen aku tgh guna, mmg tak tipu tau


Suka dengan wallpaper ni sbb biarla aku sorang aje yg tahu, biarla rahsia

Nak tag 10 org sapa ye...bagi pd ramai2 boleh tak? Tag ni aku bg pd semua pengikut2 blog kisahku, sbb teringin jugak nak tgk wallpaper pengikut2 kisahku yg tersayang, ambik ye sbb ade masa aku nak melawat dari blog ke blog tp lepas exam pnm la, sekarang dok menghadap buku 24 jam sehari semalam(ye ke?) Ok layannn tag ...

Kuning + Biru = HIJAU

Nak beralkisah sikit ttg warna hijau, almaklumlah dari kecik sampai ke umo ni mmg aku ni suka ssgt dgn warna hijau, tiap2 raya baju kurung warna hijau tak pernah ketinggaln, wajib ade, bilik tido aku cat warna hijau, he he he...

Td pg waktu aku dok buat keje kat kaunter utama, ade pengguna pulangkn buku, tajuk buku AURA PERSONALITI WARNA kalu nk cari buku ni kt library boleh cari kat rak 152.145 Mi. Kalu tak tahu rak tu kat mana, kami warga library sedia membantu, cewah... semangat gitu...

Ok , kisahkn sikit ttg buku ni, m/s 20...

Warna kuning menjanakan aktiviti aktif, bersifat maskulin dan dikategorikan sebagai warna panas manakala warna biru menjana aktiviti lembut, bersifat feminin dan dikategorikan sebagai warna sejuk. Gabungannya membentuk keseimbangan iaitu aktif + lembut, maskulin + feminin dan panas + sejuk. Seterusnya fenomena ini dikenali sebagai 'titik stabil'.

Bukti menunjukkan Tuhan yg menjadikan alam ini dengan penuh keadilan dan kestabilan adalah melalui penciptaan alam tumbuhan dengan warna-warna kehijauannya Kita sedia maklum, tumbuhan memerlukan cahaya (warna kuning) dan air (warna biru) utk hidup (membentuk pigmen hijau pd daun) dan gabungannya membolehkan proses fotosintesis berlaku dan proses ini menghasilkan oksigen. Melalui dua warna ini iaitu kuning dan biru, suatu gabungan hebat terbentuk. Ia bukan hanya menghasilkan oksigen yg merupakan keperluan manusia, malah ia mengeluarkan hasil bumi yg menjadi sumber makanan kpd haiwan dan manusia itu sendiri.

Tumbuhan melalui bijirin, ubi, batang, akar, daun, bunga dan buahnya menjadi makanan kpd haiwan herbivor yg seterusnya haiwan herbivor ini menjadi sumber makanan bg haiwan karnivor termasuklah manusia itu sendiri. Kitaran inilah yg terjana pd alam sejak kewujudannya dan ia terus berlaku hingga ke akhir kewujudan yg dijanjikan Tuhan. Malah sejak tamadun manusia tercipta , hasil tumbuhan dan haiwan ini adalah bekalan hayat yg menjadi sumber makanan supaya manusia terus hidup di alam ini. Ia perlahan-lahan membangun sebagai industri yg menjanakan ekonomi, tamadun pemikiran, penempatan, pembangunan, jalan-jalan perhubungan, industri pengangkutan, industri pendidikan dan evolusi tamadun manusia berkembang. Darinya manusia mencipta hidup kekeluargaan sehingga wujudnya suatu negara.

Justeru, dapat dikatakan, segalanya bermula daripada gabungan frekuensi stabil kuning dan biru yg membentuk pancaran aura hijau pd alam.

Tu la, kisahnya di m/s 20, teman2 berminat nk baca buku ni cepat2 dptkn kat library berdekatan anda ye, cewah mcm iklan aje... penat ni menaip... tp tak mengapa berkongsi ape yg kita baca tu kat bagus, okla, nak sambung buat keje n sambil2 baca buku utk exam pnm...jumpe lg daa....

Selasa, 21 April 2009

Annur_hayati

Kisah ye hari ni aku dpt sms dari adik maya ku tercinta tie(annur_hayati) membawa kabar bahawa dirinya telah selamat melahirkn cahayamata pertama hari ni pukul 6.25 pg, baby gurl n berat 3.2 kg n lahir cara normal.

Pada tie, terima kasih kerana senantiasa ingat akak, walaupun tak pernah jumpa tp ingatan tie pd akak sgt2 akak hargai. Akak senantiasa doakan yg terbaik utk tie.

Aku cukup terharu bila org yg tak pernah kita jumpe sll ingat kat kitakn. Bukan senangkn. Tu la kisah aku hari ni, menerima berita gembira dari adik mayaku. Luv u always Tie.

Panduan mengurus perpustakaan

Hari ni nak kongsi sikit tentang buku Panduan Mengurus Perpustakaan - (025.0 Ir) . Pada teman2 yg akn mengambil peperiksaan Perpustakaan Negara 27 n 28 April ni bolehla baca buku ni. Buku ye ringkas n padat.

Sama2 kita berdoa n berusaha utk kejayaan dlm semua peperiksaan yg bakal kita tempuhi bg melayakkan kita mendapat mengesahan jawatan sebagai Pembantu Perpustakaan (S17).

Isnin, 20 April 2009

Satu pukulan, tiga jawapan

Nak bkongsi ilmu yg aku dpt hari ni dgn teman2. Memang setiap hari aku akan membaca buku, walaupun sibuk dgn kerja harian ku dtambah study utk exam pnm tp aku tetap membaca, tak dpt baca buku majalah pun jadilah, janji sehari aku mesti baca, membaca dah sebati dlm hidupku.

Hari ni aku baca majalah Al Islam bln April 09, antara mengisian majalah ni yg aku ingin kongsikan ialah tentang tajuk 'satu pukulan, tiga jawapan' m/s 18. kisahnya...

Pada suatu hari, tiga org kafir zindiq melihat seorang tua sedang tidur di bawah sebatang pokok. Mereka berpakat utk mengganggunya. Mereka kemudian membangunkan org tua itu dan mengajukan soalan-soalan berat untuk dijawabnya.
Tanya si kafir zindiq pertama: "Saya tidak dapat melihat Allah, bagaimanakah saya mesti beriman kepada-Nya?"
Kafir zindiq kedua pula berkata:"Bagaimana Allah boleh menghisapku dan menjatuhkan azab kepadaku?Bukankah semua amalanku telah ditakdirkan oleh-Nya?"
Yang ketiga pula mengajukan soalan:"Bukankah jin itu diperbuat daripada api? Bagaimana dia boleh diseksa di dalam api?"
Mendengar soalan-soalan tersebut, orang tua itu mengambil tanah liat untuk memukul mereka. Bagaimanapun tindakan orang tua itu menyebabkan dia ditangkap dan diadukan kepada hakim.
Di hadapan hakim, org kafir zindiq itu berkata:"kami mengajukan tiga soalan kepada org tua ini, tetapi dia tidak menjawabnya, sebaliknya bertindak memukul kami dgn tanah liat."
Maka hakim itu pun bertanya:"Mengapa kamu memukul mereka bertiga?Malah tidak menjawab soalan meraka?"
Jawab org tua itu:"Saya telah menjawab soalan-soalan mereka. Org yg pertama menyatakn dia tidak beriman kpd Allah krn tidak dapat melihat-Nya, lantas saya memukulnya."
Kata org itu:"Ya, kamu telah menyakitiku."
Balas org tua itu:"Apabila kamu berasa sakit, maka di manakah sakit itu? Selama saya tidak dapat melihat rasa sakit itu, maka bererti kamu tidak sakit."
Kata org kedua pula:"Tetapi kenapa kamu memukul aku juga?"
Jawab org tua:"Awak bertanya bagaimana Allah boleh menghisap amalan kamu yg telah dtakdirkan oleh-Nya. Dan Allah telah mentakdirkan bahawa saya harus memukulmu, maka mengapa kamu mengeluh?"
"Dan, org ketiga telah bertanya kepadaku bagaimana Allah menyeksa jin di dalam api neraka sedangkan mereka diperbuat daripada api. Maka saya memukulnya juga."
Kata org itu:"Awak telah menyakitiku."
Lantas dijawab org tua itu:"Bukankah awak diperbuat daripada tanah liat? Bagaimana sekeping tanah liat boleh menyakitimu? Begitu jugalah dgn cara penyeksaan Allah terhadap jin dengan api neraka, sedangkan mereka diperbuat daripada api."

Begitula kisah yg ingin aku kongsi bersama teman2, marila sama-sama kita renungkan dan mengambil manfaat dari kisah ini.

Jumaat, 17 April 2009

Salam Jumaat

Salam sayang dari alam maya utk pengikut2 blog kisahku teristimewa
  • Yanmie
  • Jua
  • Leyazakwan
  • honey
  • Ieda
  • Adex-aieda
  • azie firdaus
  • Hanafi
  • Azliena Hamdi
  • Naurah Makwa
  • Zubaidah
  • Ann De'houzze
  • Pjan a.k.a fizan
  • Kakluna
  • Niza
  • Ladyila
  • Zamdotcom
  • Na
  • Sifu Mirza
  • Ameen

Aku doakan agar teman2 semua akan senantiasa dberkati Allah SWT dan bahagia dlm kehidupan dsini n dsana nanti, mungkin kita hanya bhubung melalui alam maya tp ingatan ku tak pernah padam utk kalian hingga dsana nanti. All the best n luv u all...

Khamis, 16 April 2009

Kisah mindaku

Nak tulis ape ye, kekeringan idea, minda aku lebih tertumpu pd exam pnm yg akn aku ambil pd phujung bln ni. Pd cikgu yanie, sebenarnya aku tak kmana cuma ade masalah sikit dgn talian tenet aku, tak boleh ym, line ok cuma kene blok, almaklumla aku kn mnumpang kasih kt library ni, sedang dusahakn utk mendpt line tenet psendirian(kira aku bayo sendiri baru puas hati aku) tunggu ye yanie, sy pun rindu nak ym teman2 mayaku.

Bln ni letih sikit sbb aku tpaksa menghadiri mesyuarat, latihan, sesi gotong royong n exam. Biasala kn nama pun makan gaji kene ikutla apa2 yg telah diarahkan. Nak gajikn so kene tabahkn aje diri yg penting tiap2 bln dpt gaji masuk tabung haji.Alhamdullilah.

Sekarang aku tinggal bdua dgn shima(rakan skerja) utk jaga library ni sbb faizah akn bsalin pd bila2 masa, teruja jugak nak gi wad ibu lps bsalin ni, kenangan2, suka tgk baby , comel sgt n bau baby ni wangi. Aku pulak sekarang mmg nak sgt mengandung tp ape boleh buat belum ade rezeki, apa2 senantiasa berdoa agar Allah SWT akn memakbulkan hajat aku utk aku menghadiahkn sepasang kembar lelaki utk suamiku yg aku cintai.

Aku ingat kalu la menjadi realiti impian aku ni, tentu huby ku merupakn insan yg paling bahagia ddunia ni. Sebagai isteri takde ape yg lebih membahagia kn diri ni bila suami tsenyum bahagia. Walaupun sudah 7 thn pkahwinan kami n huby aku pun dah kureng sikit keromantikn ye tp bila aku bsalin mmg huby akn jd lelaki yg tlebih romantik he he he ni yg nak bsalin tiap2 tahun ni ha ha ha seronok bsalin ni selain dpt baby kita akn dmanjakn oleh semua org (ye ke?) sendiri jawap ha

Ok la jumpa lg dlain masa, nak sambung study for my exam, kisah mengandung kisah selingan utk lepaskn tension exam, Ya Allah semoga dpermudahkan semua urusan ku, amin amin amin.

Selasa, 14 April 2009

Cintaku nan satu


April bulan peperiksaan

Enta nape bln ni aku n my huby bgilir2 ambik paper exam , tkejar2 jugakla Kl - Sabak, Sabak - Kl, dari awal bulan hingga hujung bulan dlm kepala exam exam, aku baru aje dapat slip exam dr Perpustakaan Negara Malaysia utk menduduki peperiksaan subjek jabatan (S17) pd 27 hingga 28 April ni, soalan subjektif, dugaan betul, exam ni menguji sejauh mana pengetahuan n kemahiran kita dlm bidang keperpustakaan, yg aku tak tahan tu bahagian katalog (mmg tak pernah aku tahu pun, dluar bidang tugas) tapi kene ambik juga.

Sekarng aku dgn my huby dengan gigih ye membaca bahan rujukan utk exam2 kami he he he pasangan ideal katakn, sbb tu agak ye mmg kami ni bjodoh ha ha ha i luv my huby

Pada teman2 yg sama2 akan menduduki exam ni, sama2 kita bdoa agar dpermudahkan n bjaya , Insya Allah.

Doakan kami ye... Amin

Doaku


Khamis, 9 April 2009

Abee exam
















Hari selasa huby exam d UOM, aku n soffi balik kampung sbb huby nak pegi dr kampung aku , dia kata dekat sikit, ok lah sbb bagi semangat utk huby, moga huby akn bjaya, amin.
So hari tu aku dgn kisah bw sofi n mak dgn abah gi tesco setia alam, jln2 n mkn2, sambil belilah ape2 yg patut, letih jugakla atuk dgn nenek mlayan soffi seharian, he he he

Selasa, 7 April 2009

Tag dr Yanie


Tag dr cikgu yanie, nape pilih gambo ni diprofile anda.

Senang aje sbb rasa mcm cun aje akak tgk dgn tudung warna coklat ni he he he, jgn mare yanie tp mmg akak suka dgn gambo ni tak nampak tembam, gambo lain akak tgk lebar sgt rasa mcm apam pulak kwang kwang...

Sedang berusaha utk megembalikan wajahku yg ideal apa2 tetap bsyukur dengan anugerah dari Illahi. Alhamdullilah aku tetap aku dgn kisah2 aku...

Isnin, 6 April 2009

Khas untuk teman

Khas aku dedikasi kn picture di atas utk teman-teman yg mengikuti blog kisahku ni, special for my teacher Yanie yg senantiasa pemurah dgn ilmu blog ye, luv u all

Ahad, 5 April 2009

Memori
















Ni la kisah aku kalu dah dpt laptop huby aku suka tgk gambo2 lama, byk sgt memori2 huby aku abadikn dlm laptop ye, kira layannn bila tgk gambo aku, huby n soffi serta all my family, selasa ni kene balik kampung aku sbb huby exam, akan aku cari gambo lama aku n abadikn pulak dlm blog aku ni.

Hari minggu



Biasalah, hari minggu kalu tak keluar bjln, biasanya aku dgn kisah kemas mengemas, walaupun huby kata aku jarang mengemas he he he tp bila mengemas habis semua aku kemas, letih sesangat.
Walaupun cuti bangun pagi tetap 5.30am, buat sarapan, membasuh, menyidai, basuh 2 biji kete(aku n huby punya), memasak, sapu luar n dlm umah, jaga anak, kemas dapur , kemas kain baju dlm almari, belek2 tanaman bunga kat laman , dan mcm2 lgla letih letih , kira padat jugaklah jadual aku hari ni.
Apa2 pun aku anggap tu semua sebagai senaman n sbagai menambahkan pahala aku . Hidup kalu asyik free aje pun boringkn so buzy2 kn diri anda he he he

Sabtu, 4 April 2009

Baby soffi













Aku memang cukup thibur bila menatap wajah2 soffi masa kecil , biasa lah kn tu la satu2 buat masa ni pgarang jatung hatiku, sambil belek2 laptop huby apa lg masukkn gambo soffi kat blog buat tatapan aku n semua yg sudi singgah kat sini. Terima kasih atas sokongan semua. Jom layan gambo soffi.


Jumaat, 3 April 2009

Cite Soffi semalam

Ok, ni cite semalam, Soffi aku hantar ke Tadika Sri Sinaran. Mula2 masuk ok, pastu nampak muka nenek dia kat sbalik pintu terus melalak he he he dgn sekuat hati ye ha ha ha anak sapa lah tu. Aku pegi jugaklah jengguk, Alhamdullilah dah ok, paling Soffi suka masa waktu play with friend he he he biasakan budak2 umo pun baru nak masuk 3thn.

Teacher bg home work , kecian anak aku baru masuk dah ade home work, mula2 soffi tak nak buat sbb budak katakan. Enta mcm mana lepas solat maghrib, Abi keluarkan colour pencil terus ummi pun sama2 dok ajar sekali buat home work, nasib sofi nak, aku gunakan colour pencil tu utk sambung2kn tulisan abjad sambil pegang jemari sofi And siaplah home work Soffi.

Kat class Soffi ade 13 org student, 3 n 4 year. Sebaya dgn soffi ade dlm 4 org kot, class soffi campur dgn budak cina n melayu. Ok lah bagi soffi bergaul dgn rakan- rakan bagi dunia lebih indah he he he.

Sebab soffi anak sulung kan nilah karakter yg aku ambik dari buku Sendiri mau ingat tulisan Dr. Hm Tuah Iskandar al - Haj (no klas :- 158.1 hm) :

  • Bertolak ansur
  • Mudah mengalah dgn adik beradik
  • Pandai ambik hati org tua
  • Ego sikit (Keegoan anda itu membuatkn anda lebih bjaya)
  • Besar kepala (Org kata nak menang sesaja, )

Almaklumlah keje library kan buku n aku tak dpt dpisahkan. Jgn mare...I luv book so much.

Khamis, 2 April 2009

Comel ye
















Kisah semalam tayang baju aje, hr ni aku dah ambik gambo siap org ye sekali, ni la aksi Soffi bila pakai baju Tadika tu, berdebar2 sebenarnya sbb hr ni mula masuk dr pukul 2.00 pm hingga 5.00pm , Doa moga Soffi senang n tenang kat sekolah tu, Amin amin ...

Batik


Biasalah ye, kalu hr khamis ni la corak baju kami he he he org gov katakan...

Rabu, 1 April 2009

Hatiku Teruja


Aku teruja sgt2 hr ni sbb sok Soffi akn aku hantar ke Tadika Sri Sinaran. Walaupun umo soffi 2 thn nak msk 3 thn tp mmg aku nak dedahkn dia dgn psekitaran psekolahan. Perasan aku bcampur campur sebenarnya tp think positive think positive...semangat boleh he he he sbb anak aku yg sorang ni special skt ha ha ha dia punya suara bila mlalak boleh thn lebih merdu dr suara penyanyi no 1 malaysia.
Sebenarnya kisah ni semalam punya cite, aku punye member singgah lib aku n cite ttg anak dia hantar kat tadika ni, sembang punya sembang dpt info sek ni menerima budak umo 2 nak masuk 3 thn sbb anak aku still pakai pampers, jd aku usulkan kat huby bila balik, huby aku yg sporting ckp ok on, aku pun pegila pagi td , mula2 nak ambik no telefon aje, tp dah alang2 kat depan sek aku pun masuklah officenya, tanya punya tanya akhir ye terus daftar n dapatlah baju kat atas ni, he he he sonok rasanya tgk baju ni belum lg anak aku sarungkan hai semangat betul hati umi ye ni, tula naluri ibukn, semua ibu inginkan yg terbaik utk anak2 ye, betul tak?
Doa aku semoga Soffiyyah akn jd insan yg terbaik dunia n akhirat, Amin.
Tunggu kisah n aksi n cite Soffiyyah bila masuk tadika ni sok, Insya Allah. Semoga dpermudahkan urusan kami, Amin.

Pameran



















Ni kisah ttg lib aku, bln 3 aku buat pameran ttg remaja n kerjaya sbb spm baru keluar n utk bln 4 aku buat pameran ttg wanita n masakan . Pameran ni adalah utk mempromosikn buku2 yg ade kat lib taklah terperuk kat dlm rak aje.Ok slmt mlayann gambo2 kat atas nak tahu lebih lanjut ttg buku masakan boleh pegi lib n cari rak 640. Terasa btuah keje kat lib, Alhamdullilah.




































Awal bulan



Alkisah awal bulan biasanya aku n the geng akn sibuk dgn statistik, aku sendri jaga statistik penerimaan buku, faiz statistik pinjaman & keahlian n Shima statistik pengunjung. Gambo aku takde sbb tgk kira buku baru he he he layannn gambo geng aku faiz n shima kat atas ni...
Pening2 kira jgn tak kira...