Rabu, 30 Disember 2009

Selamat tahun baru 2010


Assalammualaikum.
Salam teramat sayang untuk teman2 yg aku kasihi. Alhamdullilah , Insya Allah jika diizinkan oleh Allah SWT kita akan melangkah ke tahun 2010.
Apa azam teman2? Boleh kongsi dengan saya tak?
Bagi diri saya sendiri, rasa ye nk sambung azam tahun lepas kot sbb tak tercapai lg. Nk tahu azam saya hehehe baik tak payahlah seganlah pulak hahaha tp nk kongsi jugak, sebenarnya aku nk bg baby baru kt myhuby , hope tahun depan akan termakbul, kalu diizinkan aku nk bg baby kembar lelaki. Ni tgh gigih berusaha ni. Maklumlah aku ni jenis yg susah nk lekat. Sbb kenape azam aku gini sbb syurgakan di bawah tapak kaki suami.
Walaupun dlm berumahtangga tak semua ye indah, kita kene redha sbb huby tu pilihan kita, baik buruk ye kene terima. Apa2 tetap bersyukur dan senantiasa menghargai apa yg telah Allah SWT kurniakan pada kita.
Moga tahun 2010 akan aku hadapi dengan ketenangan dibawah naugan kasih sayang NYA. Cintaku tidak pernah sesekali berubah kerana aku memang sangat sangat mencintai Allah SWT.
Kerna aku adalah hamba Allah tanpa NYA kisahku tidak wujud.
Moga Allah SWT senantiasa kasih akan diri ini. Amin.

Jumaat, 25 Disember 2009

Kata pujangga

'Tidak perlu memikirkan masa lampau yang berlalu. Jangan pula asyik memikirkan masa hadapan. Tetapi renggutlah dan tawanlah masa sekarang ini, serta ambillah faedahnya.' Namun tidak sesiapa yang berani menafikan, bahawa sejarah masa lampau itu adalah ibarat lakaran peta yang memberi pedoman kepada sesiapa sahaja.

Renungi n fikirkanlah

Selamat tahun baru Islam dan selamat datang 2010.

Semoga aku n kisah-kisahku berjalan dilandasan benar dan diberkati Allah SWT hingga tertutupnya mataku untuk selamanya.

Rabu, 16 Disember 2009

Alhamdullilah

Bersyukur sgt sbb hari keluarga n rebranding 2 PPAS telah selamat dilaksanakan dgn jayanya.
Sebagai org yg diberi tanggungjawab utk mengurus bahagian pendaftaran n membahagikan kunci bilik, aku n kak bunga telah sedaya upaya kami utk melaksanakan tugasan kami sebaik mungkin.

Mungkin ade beberape perkara yg agak kureng sepanjang kami bertugas, mohon kemaafan atas segala kesulitan yg berlaku n apa2 jua kekurangan kami. Kami hanyalah manusia biasa.

Jutaan terima kasih kpd Pengarah PPAS Pn Mastura krn memberi kepercayaan kpd kami utk memikul tanggungjawab sebagai urusetia dan tak lupe pada Pn Sue selaku ketua kami n En Khairul atas kepercayaan merekalah aku n kak bunga terpilih menjadi urusetia.

Sedia berkhidmat dari kami.

Terima Kasih utk segalanya.

Rabu, 9 Disember 2009

Urusetia

Insya Allah , esok aku akan menghadiri taklimat utk pra perjalanan majlis hari keluarga n rebranding 2 PPAS.

Aku n Kbunga akak btolak awal dr Sg Besar. Moga segala yg dirancang akan berjalan dgn lancar, Insya Allah.

Saat ini hatiku teruja nk melihat semua kekawan sekerja berkumpul di Sunway pyramid. Moga ketemu di sana.

Selasa, 8 Disember 2009

Kisah roti canai

Hr ni tetiba saja nk cite pasal roti canai. Tentu semua org pernah mkn roti canaikn. Enak rasanya. Lepas solat isyhak td tetiba aku ingin berkongsi memori aku duluw waktu aku zaman2 kanak2 berkisar ttg roti canai dlm blog kesayangan aku ni.

Kisah ye begini...


Aku budak miskin itu ...


Sewaktu aku kecil duluw aku telah dihantar oleh abah utk mengaji di surau kampung aku. Kt surau ni depan ye ade warung roti canai. Roti canai ye mmg sedap hingga menjilat jari. Aku suka sgt makan roti canai di situ tp aku tak mampu nk beli walaupun harge ye Rm 0.40 sekeping. Oleh krn aku mmg terlalu teringin nk mkn roti canai tu aku kongsi kumpul duit sorang Rm 0.10 sen dgn kwn2 aku n adik aku. Setelah duit ye dikumpulkan kami pun berkongsi sekeping roti canai . Nk tahu roti canai tu kami mkn berempat. Sedap sgt mungkin sebab hanya sekeping n dimkn beramai2. Nikmat sgt.


Kini setelah bertahun lama ye aku tinggalkan memori itu, aku masih belum jumpe roti canai sesedap aku mkn waktu itu. Akhir ye aku bertemu jwpn ye... Berkongsi sesuatu yg kita suka bersama org lain itu adalah sesuatu yg amat indah dan nikmat.

Sabtu, 5 Disember 2009

Ceritera kenduri

Bila cuti sekolah bermula maka aku secara tak rasmi ye akak sibuk jugak memenuhi kenduri kawen n berkhatan. Hari ni aje ade 3 jemputan kawen n 1 jemputan berkhatan. Kira 4 tempat aku kene pegi. Buzy2 hehehe ok la aku pegi memenuhi undangan dulu paling jauh sekinchan tp dlm daerah Sabak lg. Daa... moga bjumpe lg

Selasa, 1 Disember 2009

Akhir Tahun

Salam semua pd teman2 yg amat dirindui.

Agak lama aku menyepi. Rindu jugak sebenarnya utk melayarkan diri ke alam maya, bersembang dgn teman2. Semua ye terpaksa aku pendamkan duluw sbb terlalu byk dugaan ye bila akhir tahun menjelma.

Hari ni kita masuk dah ke bulan 12. Bagi huby aku mmg seronok sbb dia cuti panjang. Aku seperti biasa meneruskan rutin harianku sebagai penjawat awam. Kalu org akaun akan menutup akaun akhir tahun, aku pulak kene buat laporan sepanjang tahun ni. Apa yg dah dicapai dan tak tercapai lg huhuhu.

Sebenarnya byk lg yg aku ingin kongsikan, tp masa begitu cemburu dgn aku @ aku yg cemburu dgn masa, heheheh tak kisahlah yg penting aku menjalani hidup ini dengan ikhlas utk Allah SWT. Kerna nafasku adalah anugerah dari Nya yg Maha ESA.

Sekarang sedang sibuk dgn kerja, rumah tangga dan mencuba utk menukar blog aku dgn template baru.

Bye, sayang kamu, kamu dan kamu..... jumpa lg

Rabu, 11 November 2009

Dinner oh dinner


Salam semua, sebenarnya aku tengah pening nak pilih baju utk dinner anjuran PPAS kt Sunway Lagoon , bln 12 ni, tema baju merah/hitam.

Aku jarang nk pakai baju jubah, tak tahu nape? tp huby suka tgk aku pakai jubah, rasa2 cantik tak jubah dlm gambo ni.

Pening2, jubah ni bukan dlm koleksi aku, aku ambik dlm blog kawan. Rasa mmg berkenan, apa lg mmg kene paw huby aku ni hehehe sapa tak sayang bini oiii... lagi2 bini nama raihan kwang kwang kwang

Apa2 pun tunggu ... baju apa yg akan aku pilih, moga dipermudahkan, Insya Allah.

Rabu, 4 November 2009

Soya

Salam semua, rasa ye lama dah saya tinggalkn blog kesayangan saya ni, hari ni tetiba nk sgt menulis sesuatu yg boleh saya kongsikan bersama pembaca blog kisahku.

Sebagaimana semua tahu saya ni mmg suka membaca, buku yg sedang saya baca bertajuk PERUBATAN ISLAM DAN BUKTI SAINS MODEN oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Kalu nak cari buku ni kat perpustakaan , cari kat rak dewasa 297.1228614 Da.

Antara isi buku yg sy suka ingatkan pd diri saya ialah di muka surat 52

KACANG SOYA DAN PRODUKNYA

Kacang soya dan produknya seperti tofu dan tempe mempunyai paling kurang 5 bahagian sebatian yg berfungsi mencegah kanser. Di antara bahan yg dikenali pasti adalah genistein dan diadzein yg mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Di samping itu, ahli-ahli sains menemui satu lagi bahan di dalam kacang soya yg mempunyai formula kimia yg sama dgn ubat tamoxifen yg digunakan secara rutin pd hari ini bagi merawat sebahagian besar pesakit kanser payu dara. Kajian yg dilakukan ke atas binatang2 mendapati, kesemua bahan2 ini mampu menghalang pertumbuhan sel2 barah kulit dan usus besar.

Tu la antara yg dpt saya kongsikan utk tatapan semua pembaca blog kisahku.

p/s: Saya mmg suka minum air soya n suka makan tempe. Alhamdullilah kerana Allah SWT memberi nikmat suka mkn soya dan makan tempe pd diri saya.Syukur krn kesihatan itu adalah nikmat yg sangat besar yg Allah SWT kurniakan pada HambaNya.

Ahad, 18 Oktober 2009

Kisah antara 2 darjat

Hq vs ...

Kisah ini aku ambil dari pengalaman hidup aku sewaktu aku bekerja di sektor swasta. Masa itu aku hanyalah kerani biasa aje tp tempat aku kerja tu dipanggil Hq oleh pekerja ladang2 syarikat bos aku, sbb aku kerja kat syarikat yg mengeluarkan produk ternakan ayam.


Kerja aku ni banyak melibatkan urusan komunikasi antara bos n pekerja dari yg tertinggi (manager) hingga ke yg terendah (pekerja ladang). Aku menguruskan ttg keperluan barang pejabat dan dokumen @ surat2 keluar masuk office (kira surat bos kene ditapis oleh aku dulu termasuk panggilan2 utk bos) hebat tak aku ni hehehehe

Kadang2 bila kita duduk dHq, almaklumlah biasanya pejabat Hq ni lebih lawa, berhawa dingin, lebih canggih dan rasanya semua lengkapla, kita jd alpa dgn keringat org2 branch kita. Aku senantiasa mengingatkan diri aku jgn riak dan aku sebolehnya akan cuba setiap tahun turun ke ladang2 utk membuat kiraan stock check. Masa ni mmg bergelumang dgn najis2 ayam. Bau ye jgn ckpla, kalu tak tahan boleh pengsan.

Bagi aku semua pekerja sama aje, mereka memainkan peranan penting utk memajukan syarikat. Tak kira dimana kita bekerja sama ade di Hq ke @ branch kita tetap sama, kita tetap pekerja kpd bos kita.

Bagi yg bekerja di Hq, mereka mmg bertuah sbb mereka dekat dgn bos, mcm aku, aku mmg dekat dgn bos2 aku. Masa aku kerja di situ aku punya 8 bos dan aku bukan saje rapat dgn bos malahan isteri n anak bos. Kalu tahun baru cina, akulah yg paling kaya sbb byk dpt angpow. Seronokkan bekerja kt Hq.

Sekrg aku bekerja dbranch, mgkn ade sedikit rasa rendah diri, kenape aku sendiri pun tak pasti, mgkn sbb aku pernah rasa dtempat teratas dan kini berade ditempat bwh sikit dr Hq.

Apa pun ketua2 aku mmg the best sbb mereka adalah sumber inspirasi aku, setiap pekerjaan aku, aku akan mulakan dgn Bismillah dan krn Allah SWT.

Bagi aku kat mana aku berade itu tak menjadi isu antara Hq vs ...

Peranan kita tetap sama iaitu utk memajukan syarikat @ jabatan.

Bersama kita fikirkan...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Selamat Pengantin Baru





















04 Oktober 2009, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan buat adik ku tercinta. Pada teman2, sekeping gambar ini aku letakkan di sini bagi berkongsi kebahagiaan aku bila adikku selamat dsandingkan di singgah sana bersama teruna pujaan hati.

Moga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat, Amin.

Selasa, 29 September 2009

Jadual Ketat kisah aku

Bermula 1 Oktober hingga 4 Oktober aku akan sibuk dgn majlis perkahwinan adik aku, harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar.

5 Oktober hingga 11 Oktober aku dijadualkan menjalani kursus induksi umum.Kursus ini antara syarat wajib sebelum aku disahkan jawatan sebagai pembantu perpustakaan. Dlm kursus ni nanti ade 3 paper exam kene aku tempuhi.

Kira bulan Oktober ni hidup aku padat sikit dgn kisah2 penting yg akan menjd kenangan2 indah dihari tuo aku nanti hehehehe

Semoga aku dpt menjalani hari2 ini dengan sabar n tenang. Doa aku utk diri aku, moga aku berjaya dlm semua exam2 yg perlu aku duduki. Ya Allah , Berkatilah hamba Mu ini. Amin.


p/s: Terpaksa menangung rindu utk permata hati aku n huby. Apapun, kene berkorban utk kemanisan yg akan dikecapi di kemudian hari. Moga berjumpa dilain waktu.

:) senyuman ini utk kamu, kamu n kamu yg sudi meluangkan masa membaca blog kisahku. Sayang korang semua. daa.....

Walimatul Urus

Pejam celik pejam celik, akhirnya hari2 yg ditunggu adik aku akan tiba, Jumaat ni bersamaan 13 Syawal, adik aku yg tercinta akan diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya.

Perasaan aku sebagai seorang kakak mestilah gembira dan hiba pun ade. Besar dah adik aku, dah nak jd isteri org. Itulah satunya adik pompuan aku, takde yg lain dah.

Kasih seorang kakak tak termampu nk aku ucapkan dgn kata2. Mmg aku sayang sgt adik aku ni. Cite ttg adik aku dia ni mmg kuat semangat, susah nk tengok dia menangis. Aku ni jenis yg banjir sesaja.Putus cinta pun dia cool aje, aku jgn cakapla, nanti huby baca, terbocor rahsia hihihihihi

Dikesempatan ini, aku berdoa agar perkahwinan adik aku ni akan membawa adik aku ke destinasi kehidupan yg lebih baik lg di dunia n akhirat. Aku juga doakan agar perkahwinannya akan berkekalan hingga ke syurga.Insya Allah.

Sabtu, 26 September 2009

Ceritera raya II







Raya kedua dibelah keluarga aku, tema pun ungu jugak hehehe, jimat kos, baju ni sok akan dipakai utk kenduri kawen adik aku ana jugak. Jgn membazir, jimat cermat amalan mulia.

ceritera raya




Salam semua, I'am back, wah lama jugak aku tinggalkn blog kesayangan aku ni. Puasa penuh tak tahun ni? Aku alhamdullilah 2 thn ni dpt puasa penuh, thn lepas walaupun tak mengandung aku dpt puasa penuh, thn ni sekali lg puasa penuh ,sonok sgt, nikmat rasanya bila kita dpt buat puasa penuh n solat sunat terawih pun penuh.

Pertembungan 2 warna, tahun ni tula yg terjd antara kami belah adik beradik myhuby. Sebenarnya kami tak merancang pun tema warna thn ni, kalu ikut mmg semua warna ungu tp kak ipar sulong aku kata, takpelah dia mengalah sbb dia buat 2 warna ungu n biru, jd raya pertama dia guna dulu warna biru, kalu tak mmg semua warna ungu.

Memang menjd kebiasaan aku kalu raya pertama aku huby n Soffi n belah keluarga aku akan punya baju raya sedondon.Seronok sebenarnya bila kita dpt tengok famili kita pakai baju yg sama warna n coraknya.Org kata sepakat membawa berkat hihihi...

Gambo di atas tu keluarga besar aku belah huby aku, belah aku lain pulak kisahnya tunggu...

Selasa, 15 September 2009

AidilFitri

Salam teramat manis utk semua pengunjung2 blog Kisahku. Catatan terakhirku di Ramadhan ini sebelum umat Islam merayakn Aidilfitri yg akan kunjung tiba tidak lama lg.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan kpd semua Selamat hari Raya Aidilfitri , Maafkn segala kesalahanku sama ade yg aku sedar n tanpa aku sedari . Semoga semua teman2ku akan berbahagia di Aidilfitri ini.

Tidak lupa pd semua staf PPAS yg mengikuti perkembangan blogku yg kerdil ini. Pd bos2 aku yg sudi membaca blog aku ni, harap bos2 aku , Pn Suzliyana , En Khairul , Mantan bos aku En Sarwani berbahagia di Aidilfitri dan maafkn segala kekurangan aku selama aku memikul tanggungjawab sebagai staf di bawah jagaan bos2.

Sekali lg di ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir n Batin.

Insya Allah, panjang umur , akan ade ceritera raya aku dsamping keluarga aku yg tercinta. Raya tahun ni aku balik kampung abah kat Tangkak Johor. Raya akan lebih bererti jika kita saling maaf memaafi n senantiasala memohon keampunan pd Allah SWT krn kita hanya hamba Allah yg kerdil di dunia ini. Moga berjumpa dilain waktu.

Assalammualaikum.

Rumah Telok Gong

















Sebenarnya ni la gambo yg sepatutnya aku nk letak kt cite aku Rumahku Syurgaku. Alhamdullilah baru bjaya masukkn hari ni. Usahakn tangga kejayaan hehehehe. Byk kisah2 kehidupan aku bermula dsini. Sekarng rumah ni dah sgt2 uzur. Sapa tak sedeykn,bila tgk rumahku yg banyak menyimpan memori2 semalam hampir menyembah bumi. Tp hidup perlu dteruskn, yg ade pada aku hanyalah satu memori indah aku bersama rumah ini dan yg pasti memori indah itu tak akan padam dlm kotak ingatanku hingga keakhir hayatku.


p/s:Sedang dlm mood utk beraya.Seronok ye kalu ape yg kita rancang menjd nyata.Hidup ini lebih indah bila kita Kasih pd Tuhan yg mencipta kita.

Rabu, 9 September 2009

Rumahku syurgaku

Cite bersambung, nila rumah dmana aku dbesarkn,kira masa baby aku dok umah ni, terletak dhujung jalan Telok Gong, kira rumah aku ni yg last sekali lepas tu jumpe sungai n hutan. Rumah ni pun dah uzur sgt , bayangkn umo aku pun dah dekat nk keangka 30an, terasa tuo sgt la pulak, sedey sgt tgk umah ni, byk kenangan aku kt sini, dulu aku suka mkn sardin , hari2 mak masak sardin , agak ye kalu rumah ni boleh berkata2 mau jugak digelakkan aku ni kot, nasib badan tak bau sardin.

Sekali pandang boleh masuk rancangan bersamamu, tp tolong abaikn kete tu ye hihihi kete pinjam aje tu belum habis bayo lagi hehehehe . Sebenarnya abah aku dlm perancangan utk membina umah baru, tak buat besar pun 4segi aje , janji boleh buat berteduh dari hujan n panas.

Kasihku tertumpah di rumah itu, kemana pun aku melangkah yg pasti dan yg aku tahu langkah pertama aku ialah di rumah itu.

Istimewanya hari ini

Sungguh cantik tarikh hari ni 09-09-09. Dah lama rasa ye tak update blog ni, rindu sgt nk cite mcm2 ttg kisah aku, sebenarnya aku agak sibuk dgn pelbagai tugas2 yg perlu diselesaikn sebelum raya, thn ni agak penat sikit sbb aku kene buat persiapan utk raya plus persiapan perkahwinan adik aku yg Insya Allah akan berlangsung pd 04-10-09.

Ni kat kepala mcm2 dok fikir, baju raya aku, suami, anak n my family tak siap lg, langsir tak siap lagi, biskut raya tak siap lg, peh sabo ajela wahai hati n ade lg satu kisah yg amat menarik nanti aku cite ye, jgn mare sbb ni pun curi2 update blog ,skrg ni pun tgh potong kain utk buat set bilik pengantin adik aku, bersambung kemudian..... (:-)))

Isnin, 31 Ogos 2009

Salam Kemerdekaan ke 52 thn

Salam Kemerdekaan untuk negara Malaysia yg dcintai. Semoga Allah SWT senantiasa memberi Rahmat Nya untuk tanahair yg amat aku cintai.

Merdeka... Merdeka... Merdeka


31 Ogos 1957 senantiasa aku hayati n ingati

Khamis, 27 Ogos 2009

Juadah berbuka




Keladi getuk n Ikan bakar asli

















Mesti korang tertanya2, ape dua menu makanan ni, rasa ye teruja tak nak tahu. Aku ni jawa's meru, asal keturunan moyang2 aku dari indonesia. Belah moyang perempuan aje org Malaysia. Jd aku kacukan Malay + Ind. Tak kisahla janji kacuk :) hehehe


Selalu ye duluw2 arwah nenek aku suka makan keladi getuk(org jawa katalah org melayu mgkn keladi tumbuk) cicah dgn sambil tumis, peh lazat tidak terperi, bapak mertua aku sll perli masih ade gigi tp mkn keladi getuk kwang kwang kwang.


Suka sgt kalu dpt menu keladi getuk, ubi getuk n lempeng gunting. Rasa ye kalu mak mertua lalu pun tak perasan. Byk citarasa aku ni dpengaruhi oleh arwah nenek sbb aku kan cucu kesayangan nenek, ape yg nenek makan aku pun makan.


Teringat kisah puasa dulu, walupun takde ayam hanya bermenukn keladi getuk pun aku dah boleh tersenyum lebar, rasa2 satu periuk pun aku boleh habiskn, dahsyat ye hihihi boleh percaya ke?


Itulah aku walaupun abah n mak aku tak kaya tp mak n abah kaya dgn kasih sayang. Mereka akan buat sendiri menu2 berbuka, dulu abah buat sendiri air soya kalu aku teringin, sedap tau abah aku punya soya(sbb dibuat dgn penuh kasih sayang). Dulu masa kecik kalu berbuka wajib 5 gelas air kt hadapan aku, nak tak tahu air ape, 1- air kosong, 2- air sirap 3- air soya 4- air oren 5- air teh panas @ susu. Lepas tu bila solat mcm gendang aje perut aku, kelakar giler.Kisah zaman kanak2 mmg lucu.


Tp sekarg ni aku suka minum air jambu special nak tahu sbb ape aku suka air jambu ni sbb aku kn suka warna hijau hahahaha, ok jumpe lg jgn jemu baca blog aku ni.


p/s, tgh sibuk jahit langsir rumah aku n umah abah n utk bilik ana sbb aku jd perunding hiasan bilik ye. Sabo ajelah wahai hati.

Malu tp mau






















Sebenar ye kad ni lame dah yan merangkap sifu blog aku suruh ambik dari belum puasa lg, tp atas sbb yg tak dpt dielakkan maka puasa nk dekat 6 hari baru aku ambik. Maaf ye yan, jgn mare akak sbb line tenet akak agak terhad sbb kene guna huby punye. Tu yg bila dpt line aje byk n3 akak masuk kn dlm blog ni.


Terima kasih sbb ingat akak n sayang yan sll.


p/s: Yan sebenar ye akak nk sgt masuk contest yan tp emm.... akak mmg suka mkn kuih batang buruk tu. Tak apelah mgkn takde rezeki.

Hadiah besday


























Mula2 tak tahu nk bagi ape, ade jugak sembang2 dgn huby Soffi mmg gemar main gelongsor. Kalu gi klinik Huda tula yg dcari ye. Kalu gi taman mainan tak boleh naik gelongsor sgt sbb gelongsor ye tinggi(wei tu ajela anak aku sorang, jgn gelak tau) sekadar sembang tak sangka Abi Soffi belikn gelongsor utk hadiah hari lahir ye. Apa lg senyum sampai ketelingala jawab ye, berpeluh2 asyik main gelongsor sampai tido pun kat gelongsor(ade ke patut).


Ummi Soffi pulak bagi gelang tangan dtambah sedikit duit padi datuk ye hihihi :) nk raya katakn , ape2 pun Ummi n Abi selalu mendoakan yg terbaik utk mata cahaya kami, Ain Nur Soffiyyah, we love u so much my little sweet Soffi.

Jejak kasih




Masliza yg pakai baju pink, yatie baju putih n laili yg pakai tudung hitam , hehehe yg pakai tudung biru tu aku.




















3 org sahabat yg sangat2 aku kasihi dia ialah Norlaili (kenal dia dari darjah satu) Masliza (rakan sekelas tgktn 5) Noryatie (Kembar nama sebapa), yati ni sahabat yg sgt memahami n mmg aku sgt sayang dia. Rindu ye kat korang. Tak terbendung rasa2 ye (alamak dah nk ade adegan air mata ni) ingat tengah puasa tak boleh nangis, be cool beb.


Minta tolong kot ade terjumpe atau mmg korang pun tgh baca blog aku ni tolong contact aku ye, aku nak peluk korangla, lama dah sgt kita berpisah sejak tahun 1997. Kalu berjumpe mesti korang dah tak kenal aku lg sbb aku dah tembab dah, huby aku tiap2 hari suapkn nasi hehehe(susah nk dpt huby mcm huby aku ni), mesti korang menjerit eh ko ke yg name ye si raihan kurus lampai mcm bangau.hahahah bila agak ye aku nk dengar kata2 tu aku sendiri pun tak tahu.Cuma yg aku tahu aku mmg sgt rindu kamu bertiga.



Minta maaf gambo kabur sedikit


Orang Asli


Mmg asli tanpa ade sebarang tambahan bahan pengawet n perasa n pewarna hihihi. Gambo lama sewaktu aku remaja, rasa2 ye masa ni dah bercinta ke belum ye (nanti aku tgh nk ingat)
Terjumpe album lama, suka tgk, aku pun dgn bangga ye tunjukkan gambo ni kat huby, ade ke patut dia kata mcm org asli, peh, nasib dah jd laki aku kalu tak mau jugak aku reject hu...
Sesekali mengimbau memori semalam mmg indah, sonok ye tika itu...

Bila bos tahu kita jd blogger

Berpeluh juga sbb manala tahu kot2 melanggar etika kerja. Ni kalu bos aku baca pun mesti dia tergelak hehehe. Apa2 pun terima kasih pada bos aku sbb senantiasa memberi dorongan utk aku n staff2 bawah jajahanye (hihihi) agar maju, maju n maju.

Nak tahu tak apa bos aku kata, dia kata "bagus n pandai staf saya jd blogger. Tahniah"

Kalu bos baca kisah aku yg satu ni, jgn mare ye sbb berkongsi kisah ini dblog, Bos senyum selalu nanti bertambah rezeki.

Nak cite pasal bos aku ni , bagi pandangan kaca mata akulah ye, staf lain aku tak tahu, dia seorang yg boleh dibawa berbincang dan bertolak ansur dlm hal2 kerja. Cuma mesra dia ikut mood heheheh(jgn marah bos) ye la nama pun bos kn. Perlu wujud rasa hormat walupun kadang2 kita rasa dia mcm kawan kita(betul tak?). Lg satu rasa2 semua pekerja pernah kene marah dgn bos kn, aku pun tak terkecuali, cume best ye bos aku ni marah dia tak lama.

Apa2 pun aku doakan bos aku akan senantiasa sihat, ceria n gembira disamping org tersayang.


p/s: Kalu bos baca blog aku ni bos wajib senyum satu hari, hehehe...

Buku Resepi terbaru
















Sempena bulan Ramdhan Almubarak, aku hidangkan buku2 resepi untuk tatapan teman2, buku ni baru semalam masuk kt library aku. Bolehlah tengok2 resepi yg boleh djadikn panduan utk buat menu berbuka puasa. Kalu nk cari buku ni kat library pergi ke rak 641. Ok selamat mencari n mencuba.

Novel Baru











4 buah novel terbaru utk aku kongsi bersama teman2. Bagi aku membaca novel ni umpama terapi perasaan hihihi apa2 ajela. Kalu nak baca novel ni secara percuma bolehla datang ke library , lagi satu nak ingatkan sapa cepat dia dpt baca dulu. Ok Selamat membaca.

Isnin, 17 Ogos 2009

Ramadhan


















Selamat Berpuasa utk teman2ku semua, dikesempatan ini aku mohon kemaafan andai sepanjang aku berblog ini ade salah silapku pd teman2 . Semoga Ramadhan ini membawa kita sejuta keinsafan dan semoga kita semua dirahmati Allah SWT . Amin.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Wajah kesayangan hamba



























































Isnin 17 Ogos ni genaplah usia Soffiyyah 3 Thn. Alhamdullilah semoga Allah SWT senantiasa memberi keberkatan kpd keluargaku. Amin.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Forest

















Sesekali teringin merehatkn minda , untuk terapi minda biasanya aku suka tgk alam yg dikelilingi dgn warna hijau.

Nyaman rasanya bila sesekali kita dpt meluangkn masa menikmati keindahan hutan. Pernah masuk hutan tak ?

Aku pernah mengunjungi hutan Taman Negara di Pahang. Lama dah... waktu tu aku masih anak dara lg, sonok sbb dpt menikmati keindahan cipta-Nya. Dpt juga aku merasa naik jambatan gantung, masa tu mmg kecut perut, tp itulah pengalaman manis yg dpt aku kenang sampai sekarang.

12/8 Insya Allah aku akan menduduki peperiksaan jabatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam , dlm hati Allah saja yg tahu, tp aku kene senantiasa bertenang , Tawakal pada Allah SWT, selagi terdaya aku akan usahakn utk lulus , rasa2 penat jugak thn ni sbb byk peperiksaan kene ambik, tp itukn cabaran . Hidup tanpa cabaran umpama makan tak berlauk. Jd kene sahut cabaran hidup aku ini dgn sabar n tabah.

Oklah, rasa2 masa peperiksaan tu nanti aku nak pakai baju kurung warna hijau. moga bjumpe lg dilain waktu ok aku nak layannn buku Perintah Am N buku Pekeliling kemajuan pentadbiran... weee sonok ye...

Assalammualaikum, doakan aku ye...

Rabu, 5 Ogos 2009

Mandi manda























Sonok ye dpt pegi mandi manda kt Teluk Batik. Almaklumlah cuti hujung minggu, aku ajak huby balik kampung dia kata sbb nak balik minggu depan so tak payahlah balik kampung, hampe juga hati ni dah windu dgn bayu kampungku, tup tup huby kata jom pegi Teluk Batik bawa anak buah sekali baru meriah.

Tak dpt lepaskn windu dgn bayu kt kampung , aku pegi cari bayu pantai pulak hehehe. Lama jugak tak mandi pantai , bukan main sonok lg Sofi , sekrg dah pandai bila mandi kt air masin dia tutup mulut dia rapat2, geli jugak tgk, comel jugak hihihi.

Apa pun mekacih pd huby tercinta sbb bw mandi manda kt Teluk Batik, Insya Allah bulan 10 lps majlis kawen adik aku, ade family day Sekolah huby kt Teluk Batik. Jumpa lg Teluk Batik... Tunggu...

Tarikh teristimewa
























17 Ogos........


Tarikh ini membawa seribu kebahagiaan dlm kehidupan aku n my luv huby. Sbb pd tarikh ini aku selamat melahirkn cahaya mata kami yg pertama setelah 4 tahun perkahwinan kami. Sebenarnya takde ucapan yg dpt aku gambarkn perasaan aku sewaktu pertama kali melihat Soffiyyah. Teruja n tak percaya yg aku dah dpt baby, rasa mcm ehh betul ke aku dah ade anak ? Bagai mimpi aje bila misi tanya anak aku pompuan ke laki? sbb aku hampir2 gagal dlm pjuangan utk melahirkn Soffiyyah, tenaga aku mmg dah hampir ke hujung rambut. Rasa2 tak terbalas jasa misi2 yg membantu aku, hanya doa aku senantiasa mengiringi insan2 semulia misi.


Pejam celik pejam celik, Soffiyyah dah 3 Thn.Pantas ye masa itu berjalan... diam tak diam Soffiyyah mmg dah pandai nk potong kek sendiri hehehehe... jom layan gambo Soffiyyah potong kek ke 3 , Happy besday to my luv little sweet Soffiyyah, Moga panjang Umo, Dmurahkn rezeki n Menjd hamba Allah yg hidup berbahagia di dunia n Akhirat. Insya Allah. Semoga Allah SWT menjadikn diri mu antara penghuni Syurga. AMIN.

Fail Meja



















Alhamdullilah akhirnya dpt jugak aku fail meja yg aku nanti2kn. Terima kasih pd Pn Su selaku Ketua Rangkaian Perpustakaan Di PPAS. Walupun sibuk tp Pn Su tetap menjaga kami dgn baik. Sebenarnya fail meja ni amat penting bg kami sbb dgn ade ye fail meja kami dpt semua maklumat ttg kerja n memudahkn kami membuat prosedur kerja dgn betul.


Aku selaku pembantu perpustakaan di Pekan , ade 14 senarai tugas profesional yg perlu aku laksanakan. Rasa2 ape ye tugas2 aku, nak tahu tak? Teruja tak nak tahu ? kene tanya dulu hehehe, ok la tak nk lah bagi tahu semua antara tugas aku Mengendalikan perkhidmatan CIS , Mengendalikan perkhidmatan rujukan , Menguruskan kerja kutipan hasil n Menyediakan statistik bulanan. Tugasan yg lain biarlah rahsia heheheh...
Insya Allah, sedaya upaya aku akan melaksanakan tanggungjawab yg diberi , aku selalu mengingatkn diri aku n 2 teman sekerja aku kerja kene jujur n amanah sbb Allah SWT Maha Melihat.
Bagi aku, biar org tidak menghargai kerja aku yg penting Allah SWT senantiasa tahu apa yg aku niatkn, itu sudah cukup membuatkn aku rasa bahagia. Moga hari ini n hari esok aku lalui dgn tenang n senantiasa bersemangat utk menjalankn tugas2 aku.

Exam Oh Exam

JABATAN PERKHIDMATAN AWAMLEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
SLIP ARAHAN CALON BAGI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM


Nama Calon : NOR RAIHAN BINTI AHMAD

No. KP : Terpaksa dirahsiakn (jgn mare)

Angka Giliran : 38073144

Peperiksaan :
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UTAMA BAGI KUMP. SOKONGAN YG SETARAF DGN KUMP. C DARI GRED 17 HINGGA GRED 26

Kod Periksa : 7102

Sesi : 2 / 2009

Bahagian : A

Tarikh Peperiksaan:

Bahagian : A
Tarikh : 12/8/2009
Masa : 9.30 Am - 10.30 Am


Pusat Peperiksaan :
DEWAN PEPERIKSAAN KL METROPOLITAN
UNIV. COLLEGE,BLOK E, 51-G,
PLATINUM WALK,NO.2 JLN LANGKAWI
53300 SETAPAK KUALA LUMPUR

Aku bermohon doa dari teman2ku semua, iringi perjuangan aku dimedan peperiksaan ini dgn doa agar dpermudahkn segala urusan. AMIN.

Isnin, 20 Julai 2009

Masuk Hospital

Lama aku tinggalkn blog aku ni, seminggu jugak aku sunyi tanpa kabo berita. Sebenarnya aku berulang alik ke hospital. Bapak Mertua aku di tahan kat wad kerana demam n sesak nafas.

Alhamdullilah kini bapak mertua aku dah sembuh, siap dah ke bendang hari ni he he he bapak mertua sapa la tu ha ha ha, biasalah jiwa petani.

Hari ni aku seperti biasa meneruskan kisah2ku, rindu jugak nk jengguk kt blog sahabat2 aku, byk hutang tag aku kat sahabat2 aku terutama kak Fizan n wir. Minta maaf byk2 ye sbb masih belum punya kesempatan, akan aku usahan kn dgn gigih ye.

Ok, nk layan blog sahabat2ku, wiiiii jom layan blog

Khamis, 9 Julai 2009

Demam

Salam untuk semua teman2 yg sgt aku sayangi n rindu. Hampir 2 hari aku rebah sbb demam, dah pegi berurut n telan ubat, Alhamdullilah hampir 70% kesihatan aku pulih.

Hari ni aku bertugas di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam bagi menjayakan program gerakan membaca peringkat Daerah Sabak Bernam. Aku akan bertugas sebagai petugas yg mengendalikan pendaftaran keahlian baru (tugas biasa aku tu) n yg tak berapa syok ye aku jugak terlibat dgn aktiviti tulisan jawi( huhhuhu tu yg sedey ye sebenarnya) bos aku yg bagi nama aku, sabo ajela aku. Sampe di sini utk tika ini.Ade waktu kita ketemu lg dilain kisah yg mendatang.

Semoga teman2 ku senantiasa sihat n berbahagia hendaknya

Khamis, 2 Julai 2009

Selamat bertunang






















Alhamdullilah, adik kesayangan aku telah selamat melansungkan pertunangan dgn jejaka pilihan hati ye pd 28/6/09 lepas. Bukan main sonok lg anak aku Soffiyyah bila tengok ucu ye bermekap alah2 pengantin.


Lega rasa ye bila apa yg dirancang berjalan dgn lancar. Harap utk majlis perkahwinan jugak akan begitu, Insya Allah


Apa2 pun aku doakan yg terbaik utk adik kesayangana aku, ana. Aku hanya ada 2 org adik, seorg laki n seorg pompuan. Ana tu yg bongsu. Jadi mmg aku betul2 sayangkn dua org adik aku tu, almaklumlah bukan ramai pun.


Ok la layannn gambo sekeping yg aku tepek kali ni, gambo soffi n ana

Isnin, 22 Jun 2009

Kisah Tunang





























Wajah terbaru Soffiyyah










Insya Allah jika diizinkan oleh Allah SWT , 28 Jun 09, adik kesayangan aku Ana akan dtunangkn dengan jejaka pilihan hati ye Amy. Alhamdullilah sekarang hampir 80% persiapan utk majlis pertunangan telah siap. Aku sebagai anak sulong mmg sgt bekerja keras utk memastikan majlis ini berjalan seperti yg dirancang. Mmg penat giler dlm bln6 ni aje aku berulang dr Sg Besar ke Meru setiap minggu, nasib huby pun ade kelas kat OUM.

Sebenarnya teruja juga sbb adik ana pun dah nk masuk umo 24 thn, masa aku seusia adk aku ni aku dah kawen, alhamdullilah bertemu jodoh dgn jejaka pilihan hati gak. Insya Allah majlis Ijab n Kabul yew pd bln 10, dlm bulan syawal lg, tak nak ikat lama2 sbb banyak dugaan ye org bertunang ni.

Apa2 pun nk ucap Selamat bertunang pada adik aku yg manis Intan Norliana, Semoga berbahagia.

Lepas ni aku lah org yg paling sibuk utk menguruskan majlis perkahwinan pulak. Takpe yg penting keluarga aku gumbira dan bahagia. Amin.

Ahad, 21 Jun 2009

Selamat hari bapa

Selamat hari bapa aku ucapkn kpd semua bapa2 di seluruh dunia, terutamanya kt abah kesayangan aku, suami tercinta, bapa mertua aku n kpd ketua pegawai zon perpustakaan yg baru sahaja menimang cahaya mata ke2 semalam.

Semoga akan lebih berbahagia n diberkati Allah SWT senantiasa.

Aku Sayang Abah n Sayang Suami Sbb Mereka Sumber Kekuatan Aku

Khamis, 18 Jun 2009

Award dr Wir


Sayang kt wir, semoga wir akan senantiasa berbahagia disamping suami n anak2 yg sweet.
Terima kasih krn sudi bagi award ni kt akak. Terima kasih krn senantiasa ingat kt akak. Moga wir success dlm bidang bisnes online . Sayang wir sll :-)

Awas



Fikirkanla...

Award dr Jua























Sayang Jua, terima kasih ye sudi bagi award ni kt akak, terharu ye :)


Syarat-syaratnya :-
1. The winner can put the logo on his/her awesome blog ~ Siap
2. Link the person you received the award from ~ Sweet Jua
3. Nominate at least 7 others blogs ~ nak bagi pada semua followers aku gak!!!
4. Put links on those blogs on yours ~Siap
5. Leave a message on the blogs of those you've nominated ~ Ok ..

Kisah Audit

Alhamdullilah, semalam library aku selamat di audit dgn jayanya. Biasala kn bila audit ade yg terkureng dlm keje kita org, so kene terima dgn hati terbuka. Bagi aku keje kene dteruskn seperti biasa , kata org kene selamba, jgn gelabah bila time audit ni.

Pd teman2 yg library kene audit hari ni, selamat menempuh hari ini dgn tenang, semoga berjaya.

Rabu, 10 Jun 2009

297.382 Ab


Dah lama rasanya tak masukkan n3 tentang buku. Hari ni aku pilih buku ni nk kongsi dgn teman2.
Nak cari buku ni kt perpustakaan senang aje, pegi rak dewasa cari rak agama Islam no klas buku ni 297.382 Ab.
Mengapa perlu solat sunat? mencari jawapan ye? jawapan ye ada dlm buku ni, jom sama2 kita baca buku ni bagus utk menambahkn ilmu pengetahuan teman2 semua.
Selamat membaca.